Tiada siapa akan menyekat kalangan Umno berbalah sesama sendiri, apatah lagi jika melibatkan para pemimpin kanannya. Itulah kata MCA seketika dahulu, bagaimana Umno hendak menyelesaikan masalah dalaman komponen parti BN, sedangkan masalahnya sendiri berkecamukan.
Masalah MCA, PPP dan Gerakan belumpun reda, kini nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad pula melatah apabila dicuit dengan isu kerugian RM100 bilion dan rasuah sepanjang jadi PM.
Lontaran dalam sebuah buku terbitan terbaru mengenainya, berhasil mencuit hati Mahathir yang kemudian mencadangkan agar Tun Abdullah Ahmad Badawi juga disiasat semasa eranya ekoran beberapa projek.
Mahathir berkata, beliau bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan sama ada beliau menyebabkan Malaysia kerugian lebih RM100 bilion ekoran projek rasaksa dan rasuah sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun.
Namun Mahathir berkata, siasatan juga hendaklah dijanlankan bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan sepanjang lima tahun Pak Lah menjadi PM.
“Ia termasuk sebanyak mana kerugian ekoran pembatalan projek jambatan bengkok dan projek landasan keretapi dari Johor Baharu ke Padang Besar, projek Hidorelektrik Bakun dan pembiayaan semula Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Di dalam UMNO masing-masing berjung untuk perut sendiri so macam mana tak berbalah.....