“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
-
2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan
melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan
kepada usaha-...
Terima kasih rakyat Malaysia
-
Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami
ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia
melayari p...
9 years ago
Delegasi Asian Caravan to Gaza kini (10 Disember) dalam perjalanan ke bandar Esfahan, terletak kira-kira 340km selatan Tehran. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Iran dengan 1,583,609 penduduk.
Delegasi kini turut disertai 13 warga Indonesia termasuk dua wanita, rakyat Arzerbaijan dua orang, rakyat Pakistan (2) dan Jepun (2).
Mereka menaiki tiga bas dari Zahedan ke Esfahan, yang disifatkan antara tempat menarik dan indah di Iran.
: ZAH : Zahedan : 14000 ft. : 4517 ft. : Zahedan : Iran : IR : Unavailable : 60° 53' 0" E : 29° 28' 0" N : 632 : +3.5
Ustaz Norazli Musa yang mengikuti sama delegasi itu dalam emelnya berkata, delegasi disambut dengan meriah sekali di beberapa buah bandar seperti d Kemran dan Yazd.
Selain itu, mereka dibawa ke Universiti Syahid Bahuna, Kemran yang mempunyai kira-kira 20,000 pelajar.
Azli berkata, mereka disambut meriah semasa di bandar berkenaan, selaian dminta bergambar dan tanda tangan sebagai seorang "seorang pejuang" .
Seorang bertanyakan Sdr Mohamad Fuad Hilmi Zakaria: "Adakah anda sedia untuk syahid?
Hilmi menjawab: "Ya, sedia sekali".
Kami bermalam di hotel di bandar Kemran dan keesokan harinya kami bergerak menuju Esfahan dan melalui bandar Yazd. Semasa di Yazd rombongan disambut begitu meriah dengan laungan sorakan takbir yang bergema memenuhi ruang setiap sudut bandar Yazd.
Rombongan disertai konvoi motosikal, kereta malahan basikal sejauh beberapa kilometer.
Semangat masyarakat Iran ternyata amat kuat sekali berkaitan dengan jihad fisabilillah. tambahan pula, sekarang bulan Muharam yang mana Iran menyambutnya dengan meriah.
Bendera2 hitam tertera nama "hussain" memenuhi setiap penjuru kota.
Dikhabarkan juga Ustaz Norazli mulai tidak termakan nasi arab dan dah mula meracau mencari cabai?
Semasa tiba di Lapangan terbang Zaheran, Iran, delegasi itu telah disambut pelajar dan orang ramai di tempat letakkereta lapangan terbang itu, Laungan takbir dan hancur Israel memenuhi ruang tempat letak kereta itu.
Lebih 1,000 pelajar dan orang ramai menanti dengan penuh sabar untuk bertemu dan bersalaman dengan delegasi yang turut disertai alFadhil Ustaz Norazli Musa.
Sebaik delegasi muncul di ruang letak kereta itu, lau ngan Takbir dan jeritan hancurkan Israel kedengaran penuh bersemangat..
Norazli Musa dari Iran
Ampun Maaf dipinta pada semua pengunjung blog ini. Saya mendoakan semuga semua pelayar blog saya ini, akan beroleh kemenangan dan kesejahteraan hendaknya.
Rakyat Malaysia beragama Islam akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010."
Tawa
La ni ramai benar manusia yang mudah ditimpa perasan atau dalam bahasa Arab UJUB. Sebenarnya ramai yang mudah (termasuk saya) ditimpa perasan atau ujub tanpa disedari.
Yang mudah ditimpa UJUB termasuklah yang dok buat blog, yang blog hit tinggi, yang blog banyak iklan, yang blog hit rendah (pun ada), yang pandai berceramah, yang ada rumah cantik, yang ada pejabat mewah, yang dulu pakai keta biasa la mungkin pakai Mercedes, yang dulu pakai seliper la dok pakai kasut, yang dulu tak pakai stokin la pakai stokin.
Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bacalah artikel ini agar anda tidak mudah terarah menjadi ujub.
Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan yang dimiliki manusia sama ada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah, qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya.
Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.
PERBEZAAN UJUB DAN RIYA
Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:
الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس
“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”
Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)
Di sini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada mereka.
Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang banyak follower tidak memberi makna jika ujub, malahan mendatangkan kemurkaan tuhan.
MORAL:
KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB. KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA
Nabi saw bersabda:
بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة
“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).
Kita digalakkan berpakaian cantik tetapi dilarang merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebegini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat. Ingatlah wahai manusia jangan terkagum dengan dirinya sendiri.
UJUB PEROSAK AMALAN
Nabi saw bersabda:
ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”
Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.
Imam Nawawi berkata:
“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”
Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh.
Berkata Nabi Isa alaihis salam:
يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب
“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”
Muthrif rahimahullah telah berkata:
لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجبا
“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilkan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam.
Setelah selesai beliau berkata:
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”
Hendak buat amal adalah satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Ya Allah jauhi lah hati-hati kami daripada sifat ujub ini.
Kesimpulan
Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusaha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, symptom ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya.
(Muttaqien Jamaludin)
Rujukan: Hattim Sonamak oleh Dr Majdi Hilali, Minhajul Qasidin dan Sahih Bukhari.
Kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria bahawa beliau menjadi orang tengah untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perak selepas PRU12, membuktikan bahawa Mufti Perak itu macam “ejen” Umno, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz bertanya: “Tidakkah tindakan Harussani itu membuktikan keterlibatannya dengan politik?”
Jika mufti sendiri sanggup melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik, kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen politik.
"Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular."
"Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau sebagai mengulas kenyataan Harussani.
Ayuh Harussani masuk Umno bertanding pada PRU13 nanti..
Sejak kebelakangan ini kerapkali gadis Malaysia dilarikan ke Lombok.Itulah bahan pekerja asing ke Malaysia yang turut membawa budaya mereka. Bagi masyarakat kepulauan Lombok ia menandakan keperwiraaan lelaki Lombok.
Lelaki Malaysia juga boleh membawa lari gadis Lombok untuk dikahwini. Ia bukan menjadi kesalahan di Lombok, kerana itu adalah adat budaya mereka. Kahwin lari memang satu taboo bagi masyarakat Melayu Malaysia, namun ia menjadi kebangaan bagi masyarakat Lombok.
Ia tradisi dan budaya kaum Sasak di Lombok.Mereka bangga berbuat demikian. (Kebetulan saya pernah ke Lombok dan baru-baru ini bertemu rakan saya, Gan, yang sudah menetap di Lombok yang menceritakan hal kahwin lari di Lombok... kebetulan pula ada kisah pelakon Bella dibawa lari dan kahwin di Lombok)
Lombok mempunyai lebih 3 juta penduduk. Ia merupakan sebuah pulau yang terpisah oleh selat Lombok dengan Bali dan Sumbawa. Ibu negerinya ialah Mataram. Lombok juga terkenal sebagai pulau seribu masjid, iaitu masjid dibina berdekatan dalam sesebuah kawasan.
Adat' kahwin lari itu masih begitu kuat dipegang dan diwarisi dari generasi ke generasi sejak ratusan tahun dahulu. Kalau anda ke Lombok dan ingin menikah... curilah anak gadis itu, bawa lari tanpa pengetahuan keluarganya, bila sehari semalam tidak ada kabar maka dianggap gadis itu telah menikah!
Mencuri untuk menikah lebih kesatria dibandingkan meminta kepada orang tuanya. Namun ada aturan dalam mencuri gadis di suku asli di Pulau Lombok.
Memang cukup unik suku Sasak ini. Untuk urusan perjodohan, suku ini menyerahkan semuanya pada anak, bila keduanya sudah suka menyukai, larikan atau curi saja anak gadis itu, pasti menikah.
Mencuri anak gadis itu lebih diterima keluarganya. Mengikut istilah setempat, ia disebut merarik iaitu proses pernikahan dengan cara dicuri. Caranya cukup mudah, jika keduanya saling menyukai dan tiada paksaan, gadis pujaan itu tidak perlu memberitahu orangtuanya. Bila ingin menikah gadis itu dibawa pergi tanpa izin. Prosesi pernikahan ini lebih terhormat berbanding dengan meminta daripada orang tuanya.
Ada rasa kesatria yang tertanam jika proses ini dilalui. Terlebih lagi kelas bangsawan yang di sana menyandang gelar Lalu dan Raden. Namun Jangan lupa aturan, mencuri gadis dan melarikannya biasanya dilakukan dengan membawa beberapa orang kerabat atau teman. Selain sebagai saksi kerabat yang dibawa untuk mencuri gadis itu sekalian sebagai pengiring dalam proses itu.
Dan gadis itu tidak boleh dibawa langsung ke rumah lelaki. Setelah sehari menginap pihak kerabat laki-laki mengirim utusan ke pihak keluarga perempuan memaklumkan bahawa anak gadisnya dicuri dan kini berada di satu tempat yang dirahsiakan. Nyelabar, istilah bahasa setempat untuk pemberitahuan itu, dan itu dilakukan oleh kerabat pihak lelaki tetapi orangtua pihak lelaki tidak diboleh ikut. Rombongan Nyelabar terdiri lebih dari 5 orang dan wajib berpakaian adat. Rombongan tidak boleh langsung datang kekeluarga perempuan.Rombongan terlebih dahulu meminta izin pada Kliang atau tetua adat setempat. Rombongan tidak diperkenankan masuk ke rumah pihak gadis. Mereka duduk bersila di halaman depan, satu utusan dari rombongan itu yang nantinya sebagai juru bicara menyampaikan pemberitahuan.
Begitulah budaya sasak di Lombok. "Persilakan ke Lombok, kalau bapak kepingin menambah calon isteri," kata Gan yang sudah dua tahun mengusahakan kayu gaharu di Lombok.
"Kalau sudah berkenan, bawa lari aje," kata Gan.
Begitulah yang terjadi pada pelakon remaja, ,Salsabila Yunan, 15, yang dilarikan ke Lombok, pada Ogos tahun lalu. Beliau yang dikenali sebagai Bella kembali ke tanah air semalam.
Bella yang mengandung lima bulan tidak ditemani suaminya. Dan suaminya mengizinkan Bella pulang menemui bapanya di sini kerana suaminya merasakan bahawa beliau sekadar melakukan proses adatnya.
Namun pemuda Lombok ini ada kekurangannya... iye pak.. suka lepak.
Pelaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita Islam baru-baru ini memalukan umat Islam kerana tidak mengikut undang-undang syariah yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mahkamah Syariah masih lagi dibelenggu oleh peraturan yang tidak membebaskan mereka melaksanakan undang-undang syariah yang sebenar," katanya mengulas mengenai hukuman sebat ke atas tiga wanita yang didapati bersalah melakukan persetubuhan haram.
Abdul Hadi turut mendakwa bahawa Umno-BN mempropagandakan hukuman sebat berkenaan menjadi agenda politik murahan bagi meraih sokongan pengundi terutama masyarakat Islam.
Saya melihat tindakan itu lebih bersifat politik murahan BN untuk mempengaruhi pengundi Islam," katanya.
Pelbagai pihak sedang berusaha menjadi pengerusi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, di samping mengagalkan usaha agar Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman memegang jawatan itu.
Walaupun secara tradisinya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menjadi pengerusi PUZ, namun ia bukan menjadi kesalahan untuk melantik Mansor memegang jawatan berkenaan.
Nampaknya kini, keadaan protokol di Pulau Pinang mulai nampak bercelaru ekoran perlantikan Ellias Zakaria selaku Yang Dipertua MAIPP. Perlantikan Ellias sendiri dilihat agak kontroversi memandangkan Adun Permatang Pasir Haji Salleh Man diangkat menjadi timbalan YDP MAIPP.
Daripada segi protokol keadaan ini tidak bersesuaian, apa tah lagi ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Abdul Malek pula menjadi anggotai ahli Majlis MAIPP.
Ellias berkata perlantikan Pengerusi PUZ kini diperingkat perbincangan dengan beberapa pihak. Perlu bincang dengan siapa ? Yang menghairankan apakah perlantikan pengerusi PUZ mesti mendapat mandat Ellias.
Apakah Ellias yang akan melantik seorang TKM untuk menjadi Pengerusi PUZ atau Ellias sendiri yang terus memegang jawatan itu.
Semua ini adalah kerja-kerja Umno sepertimana dilaporkan media bahawa Badan Perhubungan Umno negeri membantah cadangan melantik Mansor kerana dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.
PUZ memerlukan seseorang yang berkaliber tinggi untuk membolehkan ia digerak dan dipacu bagi kepentingan umat Islam Pulau Pinang. Itulah satu-satu sumber yang ada bagi membantu rakyat Islam Pulau Pinang
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan dianggar memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.
Sekarang kita lihat apa kata juara-juara memekak Umno apabila kerajaan negeri Johor, Pahang dan Perlis yang diperintah UBN tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana tidak dituntut oleh Islam.
Minggu lepas, termasuk TPM TS Muhyidin Yassin memekak menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kononnya membatalkan perarakan Maulidurrasul. Rupanyer negeri dia sendiri (Johor) tak anjurpun perarakan.
Aduhai Umno, berarak lah antara kamu.. sempena Maulidurasul itu. Dan maki hamun lah MB Pahang, MB Johor dan MB Perlis yang kesemuanya beragama Islam dan Melayu itu. Mengapa diam wahai ulama Umno.
Pahang hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan seperti yang diadakan beberapa tahun lepas, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.
'Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak adakan ceramah," katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar juga berkata tiada perarakan kecuali diadakan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.
"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.
Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.
"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Jika tidak, kubur hanya dibersihkan pada waktu hari raya sahaja. Perarakan sekali lalu sahaja. Kalau aktiviti kemasyarakatan, ia berterusan," katanya lagi.
Sementara itu, Perlis juga mengesahkan tidak mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kata Exco agama Islam negeri Jefri Othman.
"Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.
Mana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.. takmau komen ke?
Ulama Umno bingkas mengecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Semuanya fokus pada usaha menambahburukkan lagi imej Ketua Menterinya LGE sebagai anti Islam dan rasis.
Juak Umno ini yang kerapkali mempersendakan hukum Allah dan memperjuangkan pelbagai program maksiat begitu taksub mempertahankan perarakan Maulidur Rasul, seolah-olah itulah Islam, wal hal usaha mendidik rakyat mengenai Islam dipekakkan termasuklah hal ehwal menutup aurat di kalangan wanita Umno.
Apabila timbul sesuatu isu, bijak sungguh media mencari ulama Umno yang sanggup mempertahankan pendirian Umno terutama Mufti Perak TS Harussani Zakaria yang amat gemarkan glamour mengalahkan selebriti.
Walaupun Harussani sedar dengan mengatakan bahawa "memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend, " tetapi dia tetap mempertahankannya dengan berkata : " ia menjadi antara cara untuk kita menarik minat beliau kepada sejarah Nabi Mohammad saw.
Semua pihak tahu, Harussani tidak pula menentang Kerajaan negeri pimpinan DS Dr Zambry Abduk Kadir yang mengadakan pesta maksiat melalui program TV3 Jom Heboh. Dalam hal berkenaan, beliau tidak bersuara kerana itulah beliau kini digelarkan sebagai mufti UBN. Beliau juga sehingga kini tidak kendengaran bersuara tentang isu kalimah Allah.
Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang berkata, tidak padan dengan usaha sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, tetapi dalam masa yang sama di hadapan mata ... hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan.
"Adalah tidak memadai sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.
"Bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah," katanya.
Banyak peristiwa berlaku pada Jumaat. Apakah petandanya ? 27hb Nov 2009 - Hari Raya Aidiladha
18hb Dis 2009 - Tahun baru Hijrah 25hb Dis 2009 - Krismas 1hb Jan 2010 - Tahun baru 26hb Feb 2010 - Maulidur rasul 2hb Apr 2010 - Good Friday 28hb Mei 2010 - Wesak 10hb Sept 2010 - Aidilfitri 27hb Ogos 2010 - Nuzul Al-Quran 5hb Nov 2010 - Deepavali
Allah tberfirman bahawa Kiamat akan berlaku pada hari JUMAAT. Namun lihat pula 22 petanda bahawa kiamat semakin hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan (internet, iklan, buku, foto, risalah atau filem) 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar membezakan halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak menguntungkan makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa. 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat dan berjudi. 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, berkunci dan banyak berlaku kecurian barangan masjid. 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikuti suruhan Allah tetapi selepas itu melanggar perintahNya, 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al Quran dicetak dengan indah tetapi sekadar perhiasan, jarang dibaca dan diamalkan. 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan enggan membela serta menyebarkannya. 21. Artis (eg penyanyi) wanita bertambah ramai (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Perkara yang sudah berlaku petanda Dunia Di Penghujungnya i.Penaklukan Baitulmugaddis. Auf b. Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis" - Sahih Bukhari
ii. Zina berleluasa. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang" - Sahih Muslim
iii. Muzik berleluasa. " Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya pada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi ? " Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi wanita '- Ibnu Majah
iv. Menghiasi masjid dan membanggakannya. Antara tanda telah dekat kiamat ialah manusia bermegahan mendirikan masjid'- Riwayat Nasai
v. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga " - Riwayat Ahmad dan Hakim.
vi. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orangyang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
vii. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. Antara tanda semakin dekat kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh yang zalim dan hina
viii. Mengucap salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja" - Riwayat Ahmad
ix. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Antara tanda hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita yang apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang" - Abu Hurairah
x. Bulan sabit kelihatan besar. "Antara tanda hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit" - Riwayat Thabrani
xi. Banyak dusta dan tidak tepat dalam penyampaian berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong besar yang membawa berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
xii. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
xiii. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai" - Sahih Muslim (Dubai dah turun salji... Mina dah ada banjir)
Polis telah memanggil kira-kira 10 individu untuk memberi keterangan berhubung kes empat kepala babi hutan yang diletakkan di dua masjid Petaling Jaya , Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka termasuk ahli jawatankuasa masjid berkenaan telah diambil keterangan.
"Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan masjid termasuk di plaza tol berhampiran masjid berkenaan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab.
"Polis sudah ada beberapa petunjuk, namun tidak boleh dedahkan kerana ia akan mengganggu siasatan," katanya.
Pada Rabu lepas, dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron.
Dua bungkusan lagi beserta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.
Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.
Foto ini mungkin mencuit hati dan naluri anda.
Pemangku Raja Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra mengimami solat hajat, manakala makmumnya termasuk MB Kelantan TGNA dan Datuk Husam Musa.
Beginilah yang dikatakan sebagai Ketua agama dan adat istiadat negeri.
Tengku Muhammad Faris mengetuai bacaan doa. Amin. Amin. Amin.
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.
Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.
"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan nasional," kata Abdul Gani.
Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.
Bagaimanapun, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan, kata Fernandez sambil menegaskan bahawa "Kami (Roman Katholik) adalah orang yang cintakan keamanan dan komen (yang tidak baik) adalah tidak wajar."
Sementara itu, Hakim Lau juga menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu. Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor.
PAS telahpun membuat pendiriannya berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang diizinkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada pihak Gereja Katolik dalam penerbitan majalah The Herald.
Yang hairannya mengapa PAS benar-benar diburu media agar membuat pendiriannya. Mengapa PAS perlu akur dan mendahului para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal ini. Apakah pandangan ulama PAS itu sebagai indikator utama dalam membentuk pendirian negara. Kenapa Mufti Perak Tan Sri Harunsani yang kebiasaannya sukakan publisiti mendiamkan diri.
Ke manakah mufti dan ulama ini, apakah pendirian mesti dikaji dahulu sebelum diputuskan untuk kesesuaian pemerintah atau apakah perlu mendengar hujahan PAS dahulu agar pandangan dan fatwa yang dikeluarkan tidak menampakan kesamaan.
Apakah ini bererti pendirian ulama PAS mengatasi seluruh fatwa mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita tunggu dan lihat apa keputusan kerajaan berhubung perkara ini, kita lihat sama ada perangkap yang dipasang mengena atau tidak. Kita lihat selama mana waktu boleh dilengah-lengahkan.
Semua pihak diingatkan jangan menyalahgunakan kalimah Allah untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan bagi mendapatkan sokongan rakyat, kata Presiden PAS, Datuk Seri TG Haji Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa menerima mana-mana agama melainkan pilihan sendiri sepertimana termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"katanya.
Beliau berkata berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi, namun penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.
Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Keputusan ini mengundang kontroversi apabila pelbagai pihak termasuk NGO yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.
Mursyidul Am, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melahirkan kebimbangan penggunaan kalimah Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin akan menjadi calon Pas mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlime...
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
(4K) Okinawa - Cape Manzamo 冲绳岛 - 万座毛 (象の鼻)
-
(4K) Okinawa - Cape Manzamo 冲绳岛 - 万座毛 (象の鼻)
Cape Manzamo (Manzamou lit. "a field for 10000 people to sit") is a scenic
rock formation on Okinawa Island, ...