Agen DAP adalah sebagai penyebab kelewatan pengumuman keputusan peti undi pos pada prk Parlimen Sibu, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Lucu bunyinyer tapi itulah yang dikatakan Aziz pada Bernama dan RTM.
Sambil menyalahkan agen DAP, beliau berkata mereka menghalang pegawai SPR membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah untuk penjumlahan undi.
Ekoran itu, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti tersebut, katanya.
Rupanyer agen parti lebih power daripada SPR.
Ekoran itu, keputusan prk lewat diumumkan iaitu pada jam 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya memaklumkan akan dapat mengumumkannya pada jam 9 malam.
Bagaimanapunn, secara keseluruhannya Aziz berkata prk Sibu boleh disifatkan sebagai antara yang terbaik berbanding prk yang diadakan sebelum ini.
Perkasa ternyata tidak demokratik apabila sekali lagi membidas pengundi Cina pada prk Parlimen Sibu yang didakwanya tidak menghargai janji-janji UBN dan penyebab kekalahan BN.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata pengundi Cina di Sibu tidak menghargai janji projek dan bantuan kewangan oleh PM DS Najib Razak ketika kempen prk itu.
Pakatan melalui DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari BN yang menguasainya lebih 28 tahun. Semasa keputusan prk Hulu Selangor sebelum ini, Ibrahim turut mendakwa sokongan pengundi Cina kepada BN merosot, walaupun BN menang.
Ibrahim meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan pada masyarakat Cina.
Ibrahim sebenarnya masih dalam mimpi kerana menganggap keputusan prk Sibu sekadar satu pengajaran bagi memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu, sedangkan realitinya ia memerlukan sokongan semua bangsa.
Faham-faham lah yer ... Ibrahim tidak turun berkempen di Sibu. Mungkin Ibrahim tidak dibenarkan UBN untuk turun berkempen..
Sebenarnya, Ibrahim sendiri pun belum tentu nasibnya pada pilihanraya umum ke -13 nanti. Setakat ini UBN belum offer untuk dia sertai... samalah nasib dengan pelompat jarak dekat Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Sdr Zulkefli Nordin, Ahli Parlimen Bayan Baru DS Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bagan Serai Sdr Mohsein... itulah yer ibarat itik tak sudu, ayam tak makan.
Pakatan Rakyat/DAP mencipta sejarah dengan merampas kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat BN sejak 28 tahun lepas apabila Wong Ho Leng diumumkan sebagai pemenang pada prk Parlimen Sibu.
Wong mendapat 18,845 undi, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew - 18,447 undi dan bebas, Narawi Haron sekadar 232 undi. Undi rosak sebanyak 395.
Semasa pengiraan awal DAP terus mendahului BN dengan jumlah yang besar (satu ketika dengan majoriti lebih 3,000 undi) dan semasa 110 daripada 111 saluran selesai dikira, memperolehi 18,775 undi, manakala BN 16,124 undi.
Bagaimanapun majoriti besar itu susut dengan katera selepas undi pos dikira. Daripada 2,827 kertas undi pos yang dikeluarkan, BN memperolehi 2,323 undi, DAP 70 dan Bebas 36. Sebanyak 208 kertas undi ditolak dan 190 tidak dipulangkan.
Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui. Nampaknya ia jelas menjadi senjata tajam penentu kemenangan BN pada setiap pilihan raya.
Kemenangan Pakatan Rakyat/DAP ini menakutkan BN kerana ia dilihat sebagai sokongan moral kepada PR menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.
Sebelum itu, BN diwakili TPM TS Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel telah membatalkanya apabila menyedari akan kalah, malahan terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Muhyiddin terpaksa menelan kata-kata besarnya.
Kemenangan DAP menumpaskan calon BN di prk Parlimen Sibu merupakan satu mimpi ngeri bagi PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.
Ia satu tamparan memalukan kerana seluruh jentera BN turun padang untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pru 12 2008 lepas. Hanya lebih sedikit daripada dua tahun kerusi itu berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat (DAP).
Gelak sorai kemenangan Prk Hulu Selangor nampaknya tidak berpanjangan.
DAP tidak menaruh harapan besar untuk memenangi kerusi Sibu memandangkan bertanding di kawasan yang dikuasai BN. Taburan janji dan projek umpama mee segera oleh Najib dan Muhyiddin ternyata disantap dengan baik oleh pengundi SIBU, dan keadaan ini menakutkan pemimpin veteran DAP LKS yang mengatakan harapan tipis.
Namun jelas umpan dimakan, ikan tak lekat. Apakah mungkin dendam BN membara pada penduduk SIBU ?
Apapun yang jelasnya hanya 60 peratus yang keluar mengundi. Satu angka peratusan yang amat rendah bagi satu pilihan raya kecil. Secara am, ia menunjukkan bahawa mereka memprotes dengan tidak keluar mengundi...
Kemenangan DAP adalah satu mimpi ngeri kepada BN... akan menakutkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. ia membuktikan bahawa rakyat sebenarnya belum mengubah pendiriannya terhadap Pakatan Rakyat sejak pru 12. Mereka sekadar menyimpan kuku.
Persepsi rakyat berketurunan Cina terhadap sikap Umno tersangat kritikal, Mereka telah dapat membandingkannya dengan peranan dan pendirian PAS. Mereka telah dapat menerima PAS meskipun dilemparkan oleh UBN dengan pelbagai kecaman.
Senjata telah mula memakan diri. Pendekatan Umno melalui Perkasa juga mulai menikam diri. Padah kerana sikap Umno sendiri yang menyakini bahawa Umno itu adalah dominan.
Ringkasnya pada pru mendatang nanti... di mana jua Umno bertanding ... Umno akan berhadapan dengan masalah besar apabila sesuatu kawasan itu mempunyai 30-40 peratus pengundi bukan Melayu. Apatah lagi jika jumlahnya melebihi anggaran itu. Yang kuat dan nampak kuat dalam BN kini hanyalah Umno, manakala komponen-komponennya sekadar menumpang kekuatan Umno itu sendiri.
Seandainya Umno rebah, maka akan rebahlah seluruh BN. Sesungguhnya BN telah rebah di Sibu. Rebah yang tidak akan kebah.
DAP memenangi prk kerusi Parlimen SIBU dengan majoriti 398 undi.
SPR baru menandatangani Borang 15 berkaitan dengan jumlah undi Pos selepas hampir dua jam setelah pengiraan dibuat. Ia secara langsung mengesahkan jumlah pengundi pos.
Berasaskan itu, undi pos BN meningkat daripada 2,287 ke 2,323, DAP (Pakatan Rakyat) berkurangan daripada 87 ke 70 undi sahaja.
Jika ini dijadikan perkiraan muktamad maka, calon DAP memang dengan majoriti 341 undi.
Mengikut makluman rakan-rakan di pusat penjumlah undi, keputusan belum diumumkan sehingga jam 10.05 malam ini. Pada masa ini dilaporkan bahawa calon DAP memperolehi sebanyak 281 undi majoriti.
BN tidak berpuashati dan meminta diadakan semula pengiraan jumlah undi. Memandangkan pengiraan sedang berlangsung, ia dijangka akan selesai pada jam 11 malam nanti.
Satu perkara lagi yang dicurigai juga berlaku daripada segi jumlah undi pos yang didapati tidak selari dengan jumlah yang didaftarkan....
Keputusan tak rasmi calon DAP menang dengan majoriti 285 undi.
Tak rasmi Pakatan Rakyat telah menewaskan BN. Calon DAP telah memenangi prk Parlimen Sibu.
Tanda-tanda awal.. pimpinan BN telah mulai meninggalkan pusat penjumlahan undi.
Sejak awal pengiraan calon DAP terus mendahului calon BN.
Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi pada prk Parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.
Seramai 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi Khamis dan Jumaat di kem tentera Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.
Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran dibuka iaitu di 39 sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.
Pilihan raya kecil ini meleibatkan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.
Hui Yew, mengundi di SMK Rosli Dhoby manakala Wong di SJKC Goung Ann.
Keputusannya dijangka diumumkan di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.
Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

Berkumpul di Rejang Park sebelum berarak ke pusat penamaan calon bagi prk Parlimen Sibu
PRK Parlimen Sibu i akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN,Pakatan Rakyat dan bebas.
Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon PR, DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.
Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.
TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengiringi PR.