Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah “Projek IC” dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu.
(more read here: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa)
UMNO-BN hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon PRU13 serta siapsiaga menghadapi pilihan raya umum, kata Presiden Umno/BN DS Najib Razak.
"Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya...seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Semua parti komponen BN telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara...soal pembahagian kerusi antara parti komponen BNl hampir selesai.
"Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan," katanya.
Umno dan Barisan Nasional memang tak suka tengok gambar ka atas tu. Depa tukang canang nombor satu menghentam kerajaan negeri semasa peringkat awal apabila penduduk di situ diminta kosongkan tanah tempat mereka tinggal oleh pemaju.
Itu hak pemaju ..tanah pemaju bukan tanah kerajaan negeri. Mahkamah Persekutuan yang beri kata putus itu.
Kalau tengok gambar itu...agak apa pulok Umno nak kata.
Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira- kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.
“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri. (Berita 25 Oct 2011) tapi berita ini tidak sampai kpd keseluruh rakyat malaysia!!

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu.
Ini sangat high level. "Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".
Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.
Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.
Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.
Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.
Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.
Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.
Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.
Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.
Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.
Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.
Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." ~harakahdaily
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru sahaja selesai.Penulis merupakan salah seorang pemerhati politik yang tidak pernah 'miss' mengikuti perjalanan PAU setiap tahun.
Apa yang dapat dirumuskan, PAU kali ini lebih dipenuhi dengan ucapan yang terjerit-jerit, penuh emosi, ampu-mengampu dan sebagainya lagi.
Ucapan Presiden UMNO sendiri sewaktu merasmikan pembukaan persidangan rabu lalu terjerit-jerit kononnya penuh semangat. Malah ucapan penggulungan semalam (sabtu) pun lagi menjerit-jerit. Lebih malang lagi jeritan melampau dibuat melampaui waktu maghrib yang sedang berkumandang azan.
Berbeza dengan Timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang agak bersahaja dan kurang emosi.
Gaya dan tonasi suara Najib seolah-olah menggambarkan beliau seorang pemimpin yang sangat bimbang akan kehilangan kuasa. Malah struktur ucapan Najib yang banyak meninggi suara menggambarkan bahawa beliau seorang pemimpin yang gelabah dan kelam-kabut. Apa yang nak dikejarnya? Apa yang nak dirisaunya? Sedangkan apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut beliau, tersiar secara langsung di kebanyakkan siaran Televisyen dan radio.
Hasil dari nada ucapan terjerit ini, tidak hairanlah ucapan beberapa Naib Presiden UMNO seperti Shafie Afdhal, Hishamuddin dan Zahid Hamidi pun turut berucapan penuh jeritan dan beremosi.
Lebih mengecewakan lagi, kebanyakkan ucapan yang disampaikan dari peringkat bawahan hinggalah keperingkatan ucapan Presiden, isi ucapan tak lebih dari mengulangi semula semua isu yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
Mendengar mereka berucap, seakan-akan mendengar benda yang serupa. Ahli-ahli UMNO seolah-olah diperbodohkan dengan ucapan 'recycle' seperti ini.
Najib sebagai contoh, menceritakan keburukan dan kononnya kelemahan setiap negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai gagal dengan mengaitkan Kedah gagal menunjukkan pentadbiran yang bai, Selangor gagal bantu ibu tunggal, Pulau Pinang gagal bantu orang Melayu dan Kelantan gagal tangani isu air.
Mengapa isu-isu selemah ini boleh menjadi modal Najib untuk berucap? Tidakkah Najib mengetahui akan perebutan kuasa yang masih berlaku secara senyap-senyap di Perlis dan Terengganu? Selamatkah Ahmad Said yang masih didendami Idris Jusoh?
Bagaimana pula dengan Nasib ibu tunggal di negeri lain? Terbela kah?
Bagaimana pula dengan kualiti air di negeri Pahang yang masih kotor dan paling memalukan krisis air di tanah-tanah rancangan Felda masih berterusan hingga kini. Paling malang, ianya berlaku di negeri kelahiran Najib.
Melayu Pulau Pinang tidak terbela? Melayu manakah tidak terbela wahai Najib? Dulu Tsu Koon perintah Pulau Pinang, semua Melayu terbela kah? Berapa peruntukkan BN ketika itu untuk membantu agama Islam? Cuma RM12 juta setahun sedangkan melalui DAP kini diberi RM64 juta setahun. Siapakah yang lebih baik?
Kebanyakan ucapan Najib banyak yang memakan dirinya sendiri. Beliau telah mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memasukkan fasa menghapuskan ISA bila perintah Malaysia nanti. Kata Najib, kerajaan barisan Nasional terlebih dahulu mansuhkan ISA sekarang. Ternyata ahli UMNO dibodohkan sekali lagi. Elok rasanya dibuat sessi lawatan ahli UMNO ke Kem Tahanan Kemunting untuk melihat sendiri betapa Presiden mereka bukan sahaja tidak tepati janji malah pembohong besar!!! -PEJUANG RAKYAT.
Ahli PERKASA diharamkan undi pihak yang menghina Islam.
Sekurang-kurangnya begitulah fatwa terbaru dikeluarkan PERKASA. Umat Islam dalam Perkasa tak boleh undia mana-mana pihak yang menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN pada PRU 13, ia tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
oo rupanya dirujuk pada MCA kerana menentang Hudud.. gimana pulak dengan Gerakan Kedah yang kutuk usaha kerajaan negeri Kedah mewajibkan wanita bertudung pada papan iklan di negeri itu.
Camner Pak Ibrahim Ali nak jawab hal ini.. Presiden Perkasa tentu setuju jugak kan.
"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan."Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya."Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.S
Projek rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui program MyFranchise mengalami kerugian sehingga RM16.4 juta kerana diurus secara tidak profesional ekoran tidak berpengalaman.
Menurut Laporan Audit Negara 2011, syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang menipu MyFranchise.
Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York.
Projek itu berjalan atas geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.
Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".
Norodom Sihanouk, bekas raja Kemboja yang berpengaruh besar dalam politik lebih enam abad, meninggal dunia hari ini, di Beijing.
Beliau berusia 89 tahun.
Jurucakap Kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith, berkata Sihanouk meninggal dunia awal hari ini.
Beliau berlepas ke Beijing awal tahun lalu untuk mendapatkan rawatan.
Putera Sisowath Thomico, yang juga anggota keluarga diraja serta pembantu kepada Sihanouk, berkata bekas raja itu mendapat serangan jantung di sebuah hospital di Beijing.
“Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Kemboja," kata Thomico.
Sihanouk adalah tokoh utama dalam politik Kemboja untuk lebih enam dekad tetapi melepaskan tampuk pemerintahan pada 2004 kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Beliau menyerahkan kuasa pemerintahan kepada anaknya, Norodom Sihamoni.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Nasharudin Mat Isa.
Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid dan Salahudin mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa
Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".
Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid dan Salahuddin memutuskan hubungan dengan Nasharuddin.
Ini ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu kononnya DAP mahu membentuk kerajaan Kristian di Malaysia.
Kenyataan Nasharuddin itu menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS", kata Khalid yang juga AJK PAS Pusat.
Tindakannya untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS, tegas beliau.
"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam. Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.
Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.
"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.
Umno kini terasa bahang pilihan raya umum semakin menggigit diri dan cengkaman kuasa semakin longgar. Jika dikira secara kasar tempoh waktu sekitar enam bulan sahaja lagi untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13.
Jika sudah sampai tempoh akhirnya (Mac 2013), Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mesti mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon dilanjutkan tempoh. Namun sebelum itu perkara itu mesti dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu untuk diluluskan.
Jika itu berlaku, maka tercatatlah sejarah sejak Merdeka (55 tahun) untuk pertama kalinya pilihanraya tidak diadakan mengikut waktu sepatutnya. Jika ini berlaku, maka Perdana Menteri mungkin akan menghadapi situasi rakyat akan hilang terus kepercayaan padanya.
Ia juga bakal menimbulkan situasi dalam benak rakyat bahawa tentunya Perdana Menteri mempunyai agenda tersendiri yang cuba dilindunginya. Sehingga ini tanda-tanda PRU 13 nampak berbalam-balam lagi. Ini semua kerana tentunya laporan-laporan siasatan politik dan risikan memberi kenyataan yang tidak memberansangkan atau memihak pada Umno atau BN.
Lihatlah walaupun pelbagai program telah dilaksanakan ia belum cukup untuk menawan hati rakyat. Walaupun pelbagai isu cuba di spin ...ia terus tidak menjadi kerana ternyata kebanyakannya palsu.
Program Umno mendekati rakyat dilihat tidak telus dan gagal mengubah pendirian rakyat daripada terus menyokong Pakatan Rakyat. Gelagat-gelagat tidak sopan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat juga semakin menimbulkan simpati rakyat pada PR. Akhirnya semakin hari tembelang semakin pecah.
Pelbagai program berteraskan 1Malaysia seperti Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, dan apajua program lagi (kesemuanya 1Malaysia) serta retorik janji ditepati hanya dilihat oleh rakyat sebagai tidak lebih daripada satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan pemerintah.
"Beri kita ambil, pangkah belum pasti".
Kalangan pimpinan Umno berkata, mereka sendiri kurang yakin bahawa rakyat akan memberi mandat sepenuhnya sepertimana sebelum pilihanraya 2008. Rakyat semakin bijak dan melihat segala geraklaku dan gelagat pimpinan Umno segenap peringkat yang lebih berusaha menjaga kepentingan diri.
Mereka berkata, sedang pimpinan Umno peringkat rendah dan ahli berhempas pulas melaksanakan dasar yang cuba diterapkan parti, kalangan pimpinan tertinggi parti pula terus mengumpul kekayaan.
(Ia sebenarnya memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat bakal mengambil alih Putrajaya)
Ini jelas kelihatan melalui kemewahan kehidupan pucuk pimpinan dan keluarga mereka, kata beliau.
Memang pelbagai program dibuat nampak cantik pada mata kasar dengan membabitkan wang berbilion ringgit untuk menghimpun dan menarik kehadiran rakyat.
Rakyat keluar kerana dijamu makan dan diberi “upah” tetapi ia tidak bererti rakyat akan menyokong Umno atau BN, kata beliau.
"Kami kecewa," katanya ketika diajak berbicara mengenai senario politik hari ini sambil menegaskan kalangan penyokongan Pakatan Rakyat sebahagian besarnya yang hadir pada majlis Umno, sedangkan pada majlis Pakatan Rakyat.., kalangan ahli Umno tidak akan hadir.
Rakyat (khususnya ahli Umno sendiri) sudah boleh membaca rentak, Mereka nampak gaya kepimpinan kalangan pemimpin Umno dan mereka (ahli) juga ingin hidup semewah pemimpinnya. Lalu mereka mendesak untuk sama-sama merasai dan mendapat kek yang sama.
Oleh kerana tidak dapat menikmati sama kek berkenaan, mereka enggan memberi sokongan, tegasnya.
"Sebagai contohnya pimpinan Umno bermula dari Ketua Bahagian sehingga ke peringkat ketua cawangan, ahli jawatankuasa dan ahli hanya tahu menadah tangan untuk merasai “upah” yang sudah menjadi kelaziman dalam merencanakan apa jua program yang dilaksanakan atas arahan peringkat pusat.
Tanpa upah, tiada apa yang bergerak, kata beliau.
Jika menerima "upah" sekalipun ia terlalu kecil kerana sebahagian besar daripada habuan itu sudah dikebaskan oleh peringkat lebih tinggi. Sekalipun tiada diperuntukan upah itu, ahli bawahan tetap percaya bahawa pimpinan utamanya telah ghaibkannya.
Inilah masalah besar yang dihadapi Umno, kata beliau.
Selama ini, tegasnya, pelbagai program dilaksanakan tetapi ia sekadar indah dipandang sahaja kerana rakyat bawahan pada hakikatnya tidak menikmati “jus” sebenarnya kerana segala zat dan vitamin telah diperah pada peringkat lebih tinggi.
Umno memerlukan “vitamin” yang banyak untuk mengerakkan jenteranya kerana sejak sekian lama ia telah menjadi satu amalan memberi upah dalam melaksanakan aktivitinya.
Ada pitih semua jadi ...takdak pitih mampuh kerass Umno.
Penganalisis politik turut berpendapat bahawa ahli Umno kebanyakannya bergantung pada “vitamin” dari pucuk pimpinannya. Setiap kali pilihanraya vitamin ini akan turun mengalir bagai air dan ini melibatkan berbilion ringgit dan kali ini nampaknya ia belum turun-turun.
"Tanpa vitamin yang telah menjadi amalan dan darah daging itu, maka aktivitinya muram dan ranap."
Inilah masalah besar yang dihadapi Umno masakini, kata penganalisis di Pulau Pinang itu sambil menegaskan bahawa sesungguhnya maintainance Umno itu cukup besar.
Inilah yang dibimbangi dan ditakuti oleh Umno kerana perjuangan ahli dan pimpinannya tidak lagi berasaskan keikhlasan sejati dan tema perjuangan yang sudah lari daripada perjuangan asal sehingga kurang diyakini rakyat.
Seorang pemimpin Umno peringkat Bahagian pula berkata, pemimpin dan ahli Umno yang berada di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat pula menghadapi suasana yang lebih tertekan.
Banyak keistimewaan yang diperolehi dengan mudah sebelum ini (semasa negeri berkenaan dikuasa BN) telah tidak dapat dinikmati. Banyak sumber kemudahan termasuk kewangan khususnya melalui Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Kampung telah tiada.
Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menabur budi dan memenuhi janji pada penyokong di kawasan masing-masing.
Inilah realiti yang dihadapi Umno hari ini yang kian hari kian terkubur.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis oleh bekas perdana menteri itu.
Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" tetapi akan selamat jika bersama-sama "malaikat" (yang dikiaskan sebagai Pakatan Rakyat).
Berucap di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir yang "mengakui mereka merupakan 'syaitan'' menyebabkan beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.
"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.
''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telahpun mengakui bahawa mereka ini syaitan."
Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik berkawan dengan syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenali"
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden telah ‘kembali ke pangkal jalan’ apabila mengetuai kumpulan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.
“Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan,” katanya ketika dihubungiKeadilan Daily.
Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.
Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.
Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan talifon daripada Anwar.
Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.
Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.
“Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin,” katanya.
Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang Melayu kerana tidak sampai separuh daripada orang Melayu mengundi parti itu.
Malahan, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta undi dari 5.7 juta undi Melayu.
"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".
Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.
Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.
"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.
"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".
Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?
"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.
Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umno.
Isu perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang nampaknya belum selesai sepenuhnya, walaupun jalan keluar untuk mengatasi kemelut itu amat mudah tetapi menjadi payah kerana sikap YB Abdul Malek Kassim yang dilaporkan belum atau enggan berundur.
Malek yang telah mendapat surat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk perlantikan YDP MAIPP itu, kelihatan masih mempertahankan perlantikan itu. Malek dikhabarkan sehingga kini belum atau enggan berundur atau meletakkan jawatan.
Malek yang juga exco agama kerajaan negeri dikatakan menyifatkan perkenan Agong itu mesti dihormati, Malek juga dikatakan sekadar buat tidak mengerti arahan berundur daripada Pengerusi PKR Negeri Dato Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Pada satu sidang media, Mansor pernah menyuarakan dengan kuat bahawa Malek tidak dikehendaki untuk mengisi jawatan YDP MAIPP kerana seperti dijanjikan ia seharusnya diserahkan kepada Dato Salleh Man, Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Janji ini disuarakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Meskipun pimpinan peringkat Pusat Pakatan Rakatan dilaporkan sebulat suara bersetuju bahawa Malek hendaklah berundur, beliau kelihatan tetap tegar dengan pendiriannya untuk berdiam diri dan sehingga kini tidak berundur atau menyerahkan sebarang surat tidak menerima perlantikan.
Keadaan ini menyukarkan pengurusan dan pentadbiran MAIPP kerana ia boleh melumpuhkan aktiviti MAIPP. Salleh yang turut ditawarkan selaku Timbalan YDP juga berada dalam dilema ekoran situasi berkenaan. Salleh tersepit antara untuk menolak atau menolak dan menerima jawatan Timbalan YDP.
Jika berasaskan tawaran itu, Salleh tidak mempunyai ruang untuk menolak surat tawaran perlantikan Timbalan YDP itu kerana jika beliau menolaknya maka bererti Salleh menolak untuk berada di dalam MAIPP dan ia sekali gus meranapkan peluang Salleh untuk dilantik semula.
Untuk mengatasi kemelut ini, jika berasaskan peraturan dan perlembagaan MAIPP, Salleh hanya boleh berperanan sebagai ketua atau memangku jawatan YDP..., jika YDP yang dilantik tiada (dalam negeri) ataupun meletakkan jawatan.
Sikap Malek ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan pentadbiran MAIPP, kerana ia secara langsung menghalang pergerakan MAIPP.
Bagaimanapun berasaskan maklumat dalaman MAIPP, para pegawai dan kakitangan MAIPP lebih menyenangi dan menerima Salleh Man berbanding Malek untuk menerajui MAIPP.
Suara-suara negatif terus kendengaran, kerana kemelut semudah inipun gagal diatasi ekoran tiada sikap bertoleransi. Apakah benar seperti ada yang berkata kemelut ini berlarutan kerana ada yang berkepentingan.
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan perhimpunan sebagai haram kepada umat Islam, dibuat berpandukan buku Perlembagaan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan ulama terkenal dunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi, Ketua Umum KEADILAN itu , berkata amalan berhimpun sudah diamal Khalifah Umar al-Khattab ketika menyebar risalah Islam.

“Buktinya kupasan Yusof Qaradawi menyebut Saidina Umar Al Khattab – masa Islam mula berkembang, ada siri rahsia di rumah Arqam, tempat di mana orang berkumpul dan sampaikan risalah.
“Kemudian, Saidina Umar mahu tunjuk rasa dengan berjalan bersama beberapa kawan dan terang-terang membawa mesej Islam daripada rumah Arqam ke Masjidil Haram.
“Jadi, Jawatankuasa Majlis Fatwa baca buku mana? Adakah buku Perlembagaan Umno?” katanya depan kira-kira 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Kampung Baru, Batu Caves tengah malam tadi.
Mengulas lanjut, Ketua Pembangkang itu kesal kerana Majlis Fatwa sanggup menjadi alat Umno sedangkan berhimpun menuntut keadilan tidak dilarang dalam Islam.
“Ini semua alat perkakas murahan, tiada pendirian. Kita kena ingat ikrar kita untuk bawa perubahan lebih 300,000 yang berhimpun itu belum selesai. Itu satu permulaan, kalau perlu kita buat lagi.
“Ada kata demonstrasi bukan budaya Islam, bukan budaya Arab. Ada kata demonstrasi import dari luar. Saya mahu jawab.
“Yang ditulis dalam buku Yusof Qaradawi dan disertakan ayat al-Quran bermaksud, harus kita sama dalam menegakkan kebaikan dan cari jalan satu tunjuk rasa bila kerajaan zalim,” katanya.

Anwar turut mempersoal kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya menetapkan ‘haram’ kepada perhimpunan tetapi tidak sensitif isu semasa melibatkan umat Islam.
“Patut tanya dulu dari mana timbul kekacauan. Tapi, yang rasuah – tak haram, bunuh orang – tak haram, pukul orang – tak haram, rogol orang – tak haram,” sindirnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perbuatan mengharamkan perhimpunan sudah dilakukan regim Hosni Mubarak ketika masih Presiden Mesir.
“Undang-undang ini di Mesir sudah dibuat. Hosni Mubarak bawa fatwa mengatakan tunjuk perasaan hendak gulingkan kerajaan itu haram. Hanya pemimpin Umno ala-Mubarak ini tidak faham-faham sampai sekarang,” katanya.
Samsung Electronics melancarkan telefon pintar terbarunya Samsung Galaxy S3 di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia.
Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.
Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan
Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu.
The introduction of the phone – expected to be very much like the S2, but with a larger 4.8in screen (compared to the 4.3in of the S2), running Ice Cream Sandwich, the 4.0 version of Google's Android software, and with a faster quad-core processor – will see an event in London's Earls Court, with streaming live video to some phone shops in the capital.
The S3 isn't expected to depart radically from the successful offerings of the S2 or Galaxy Nexus, the Google-branded phone made by Samsung which was intended to showcase Ice Cream Sandwich but has not sold strongly.
Jom pakat bida, keta mewah Ferari Enzo yang akan dilelong tak lama lagi. Mana tau dapat ..maka bolehlah pi BERSIH naik keta ini.. sat je kalau dari Aloq Staq ke KL.
Keta ni dah lama dok kat kawasan balai polis. Tapi bukan kat Bukit Aman... agaknya dah lama hilang barang2 dia dikebas orang.
Selain Enzo, ada beberapa buah lagi keta eksotik yang akan dilelong oleh polis.
Keta ini dikata milik warga British yang menyewakannya dan kemudian melarikan diri kerana tidak boleh bayar saman ekor... bukan tapi saman polis gak lah.
Keta ini sebenarnya akan dilelong oleh Polis Dubai selepas merampasnya kerana terbiar. Di bawah undang-undang di sana, keta yang terbiar lebih enam bulan akan menjadi hak milik negara kecuali ada surat hak milik yang jelas dan tiada terbabit dalam kesalahan trafik dan saman..
Ferrari Enzo ..yang dijual sebanyak 399 buah kepada orang awam boleh mencapai harga jutaan ringgit.