Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 49 nama kongsi gelap dengan kaum India mendahului senarai sebagai ahli yang paling ramai menyertai pertubuhan haram tersebut diikuti Cina dan Melayu.
Dengan jumlah keseluruhan seramai 40,313 orang, samseng-samseng yang telah dikenal pasti menyertai kumpulan tersebut terlibat dalam jenayah berat seperti pengedaran dadah, tarik kereta, menjaga tempat letak kereta, memungut wang perlindungan, pengawal kelab malam, bunuh, mendatangkan cedera dan penggunaan senjata api.
Daripada jumlah itu, KDN memberitahu, seramai 28,926 samseng merupakan kaum India, 8,214 kaum Cina manakala bakinya pula terdiri daripada gengster Melayu.
Kesemua mereka menyertai kumpulan kongsi gelap di Semenanjung bergelar Geng 04, Geng 08, Geng 36, Geng 007, Tiga Line, Geng 30, Geng 21, Geng 24, Geng 18, Geng 35, Geng 303 dan Geng Satu Hati.
Selain itu, mereka juga menyertai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.
Berikut pula ceghrita mengenai Ketua Wanita PKR P Pinang yang kena sita barangan rumahnya. Norhayati Jaafar ni mantan calon PKR yang kalah di DUN Teluk Air Tawar. Beliau kini Penyelaras Kadun Teluk Air Tawar yang dilantik oleh PKR di bawah Pejabat Ketua Menteri.
Baca laporan mStar Online ini:
Berikutan gagal melunaskan bayaran gantirugi RM30,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik Ketua Wanita PKR negeri Norhayati Jaafar di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam hari ini disita oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu hari ini setelah Norhayati gagal membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua wanita PKR negeri Aminah Abdullah yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu. Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan. Katanya pada 27 September tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk G.V.Varughese mengeluarkan perintah kepada Norhayati sebagai defendan pertama dan dua lagi defendan, masing-masing membayar gantirugi RM30,000 kepada Aminah kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas. "Bagaimanapun tiga bulan selepas keputusan penghakiman dibuat semua defendan termasuk Norhayati gagal membayar gantirugi berkenaan. Jadi ini adalah salah satu cara yang kita ambil iaitu dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah menyita barangan milik defendan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam. Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila suami Norhayati mempertikaikan proses penyitaan itu dan kehadiran sekumpulan wartawan dan jurugambar di rumahnya bagi membuat liputan proses penyitaan itu. Bagaimanapun proses penyitaan dilaksanakan dengan sempurna apabila wakil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjelaskan kepada lelaki berkenaan mengenai proses penyitaan itu. Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap Norhayati, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS. Aminah dalam tuntutannya mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Wan Azizah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, beliau mendakwa ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.Pada 27 September lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Norhayati, Jab dan Khairil Anuar masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah, manakala Mohd Sabri, Ahmad Lufti dan PAS dilepaskan selepas mahkamah menerima pembelaan mereka. Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin PKR tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November tahun lepas. Sementara itu, Aminah berkata beliau hairan mengapa Norhayati tidak mendapat pembelaan daripada PKR sedangkan wanita itu sanggup membuat fitnah demi membela parti dan presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sepatutnya dia (Norhayati) minta bantuan daripada Wan Azizah membayar gantirugi kepada saya seperti yang diarahkan oleh mahkamah kerana apa yang dia lakukan terhadap saya adalah bagi membela Wan Azizah dan PKR. "Saya berpendapat Norhayati perlu memikirkan semula perjuangannya bersama PKR kerana dia telah banyak membela parti itu tetapi sekarang apabila dia susah parti itu langsung tidak membelanya," katanya.- Bernama
Portal berita Free Malaysia Today (FMT) kononnya memetik sumber dari seorang peguam, Adrian Ng yang mendedahkan senarai calon Pakatan Rakyat sebenarnya dipetik dari senarai yang dipaparkan dalam blog Jalan Pulang.Bezanya, FMT menyenaraikan nama calon berdasarkan kepada susunan mengikut negeri sedangkan Jalan Pulang menyusun nama dan kawasan parlimen mengikut parti.Bagaimanapun, kesemua maklumat berkaitan nama dan kawasan parlimen yang ditandingi calon-calon Pakatan Rakyat SAMA seperti yang dipaparkan dalam blog ini dari semasa ke semasa sejak dimulakan pada 30 Mac lalu.Kemas kini nama calon dan kawasan parlimen dilakukan secara berkala setiap kali mendapat maklumat dan perkembangan terkini dari sumber yang dipercayai.Berikut senarai terkini setakat jam 7 malam ini dan akan dikemas kini malam ini berikutan pengumuman Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan senarai calon parti itu bermula malam ini di Gerik, Perak.Inilah senarai terkini yang dikumpulkan pasukan Jalan Pulang dan senarai ini juga diambil oleh blog-blog Pakatan Rakyat, juga blog pro Barisan Nasional!JALAN PULANG
SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)
1. Lumut atau Padang Rengas - Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan)2. Gombak - Azmin Ali (penyandang)3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman5. Batu - Tian Chua (penyandang)6. Sembrong - Onn Abu Bakar7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)12. Padang Serai - N Surendran13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)21. Pandan - Rafizi Ramli22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh24. Saratok - Ali Biju25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit26. Baram - Roland Engan27. Limbang - Baru Bian28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang)36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)38. Tebrau - Steven Choong Siow39. Muar - Nor Hizwan Ahmad40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan)41. Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)42. Labuan - Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan)
SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)
1. Gelang Patah - Lim Kit Siang2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang)3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)9. Bentong - Wong Tack10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang)11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan)13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang)16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang)17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang)19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang)20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang)
SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)
1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)2. Arau - Tuan Guru Haron Din3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang)8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad14. Larut - Fauzi Shaari15. Temerloh - Nasrudin Hassan16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)20. Padang Besar - Azamhari Mahmood21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan)22. Putrajaya - Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan)
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh.
Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.
Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan.
Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka.
Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan, berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat awam selain risikan lebih tiga bulan untuk mengenal pasti ajaran yang dilakukan apabila disyaki menimbulkan keraguan kerana membabitkan warga asing.
Menurutnya, pihaknya mendapatkan waran tangkap dari mahkamah untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka disyaki cuba menyebarkan Islam, tetapi amalan digunakan dipercayai bercanggah daripada ajaran sebenar.
Katanya, berdasarkan risikan, ajaran terbabit turut menggunakan warga tempatan sebagai orang perantaraan dan ajaran itu sudah menular bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Cameron Highlands, Pahang dan Johor.
“Kegiatan mereka ini pelik kerana aktiviti mereka hanya dijalankan pada setiap Ahad dan pada waktu tertentu dan rata-rata pengikutnya warga Bangladesh dan warga tempatan yang ingin belajar agama,” katanya.
Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan itu juga beberapa buku agama, kitab, cakera padat, pemacu cakera keras, banting, poster serta gambar dirampas untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembabitan tiga lelaki tempatan berusia 30-an itu. Katanya, semua mereka diberitahu kesalahan serta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu Maung untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi diambil keterangan.
 |
abc semanis kroninya |
Umno/BN hanya memperkayakan anak pinak sendiri...dan top of the list ialah anak Tun Dr Mahathir iaitu Mirzan, yang dilaporkan sebagai memiliki 15 peratus saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.
Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.
Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan Petronasi.
Selepas Mirzan, seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani Mahathir menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.
Kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.
Nazir Tun Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri DS Najib juga dilaporkan memiliki harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Harakah melaporkan Nazir menerima gaji RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.
Ali Rustam, Ketua Menteri Umno di Melaka kena jawab kes ini..kes pesta Kondom sptmana terbukti melalui gambar2 ini. TS Harusaani, Fathul Bari sila komen pasal pertunjukan ni di adakan di Melaka.
Tapi konpem, Ali Rustam buat tak nampak je.. tok peti dan alamak muda Umno juga kunci mulut...
depa buat kat Dataran Pahlawan , bukti tengok lah poster tu..
Presiden Umno Tok Jib klasifikasi tiga naib presidennya sebagai ekor je pada PAU. D Bukalah kamus tengok apa erti ekor.... dan berekor....kaki pengampu pun ya.
MB Pahang Ds Adnan pula nak kerat telinga jika DAP boleh menang di kerusi Bentong. Tup-tup sehari lepas itu ubah pendirian konon bergurau sebagai kiasan...sebab memamg kerusi itu ,mampu dimenangi Pakatan Rakyat
Tok Nan lupa kisah Khir Toyo dengan kerusi..last hilang terus jawatan dan Selangor kepada Pakatan Rakyat. Dah lama sangat jadi MB..maka suka hati je apa nak cakap.. tunggulah bagaimana bila takda telinga.. biasanya kiasan potong telinga akan membawa makna orang tidak akan patuh atau dengar lagi kata-katanya.

i
Ingat kisah Mike Tyson yang gigit telinga lawannya..lepas tu terus hilang dalam dunia tinju... Tok nan pun akan jadi gitu lah nanti
Cerita ni kira kes berat membabitkan pemimpin negeri Indera Kayangan yang dilapor kononnya sukahati je guna duit zakat Baitulmal Perlis.
Minta depa nafikan jika tak betul..
Dulu kisah seumpama ini juga dikatakan berlaku di Pulau Pinang.
Namun yang ini dikatakan berlaku sehingga Mufti Perlis Dr Juanda Jaya meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis mendakwa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan berkenaan berkuatkuasa Jumaat lepas kerana salah guna pengurusan atau pentadbiran agensi berkenaan.
Dr Juanda dipercayai berbuat demikian ekoran sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.
Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata selain itu, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.
Juanda dilaporkan Sinar Harian enggan mengulas perkara itu.
Pulau Pinang terus mendahului senarai daripada segi pungutan hasil negeri dengan mencatatkan peningkatan RM192.19 juta atau 46.8 peratus berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010.
Selain itu Selangor pula meningkat RM62.50 juta atau empat peratus untuk tempoh yang sama, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Laporan itu melaporkan bahawa pengurusan fiskal yang baik dicatat oleh kesemua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah daripada segi perolehan pendapatan.
Dalam Laporan itu, Ketua Audit Negara, Ambrin Buang memuji empat negeri ini berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.
Bagaimanapun, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, namun laporan itu menyatakan kerajaan negeri telah berjaya mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".
Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.
Kelantan mencatat peningkatan RM95 juta pada 2011 daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta.
Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.
Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.
Pendedahan Zam Maidin - Bernama TV tidak dirunding dengan menteri
Di dalam posting blognya www.zamkata.blogspot.com yang terbaru Zainudin Maidin, mantan Menteri Penerangan telah mendedahkan bahawa Bernama TV ditubuhkan tanpa berunding dengan beliau selaku Menteri Penerangan ketika itu.
“Malangnya Bernama TV yang dicetuskan berikutnya tanpa perundingan dengan saya, ketika saya menjadi menteri penerangan oleh seorang yang diberikan kepercayaan kerana kepetahan bercakap, pandai merancang, melobi dan membuat orang rasa "kembang" telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh Bernama hingga sekarang dan masih dalam usaha penyelesaian.
Mulanya Bernama TV ini hanyalah sebagai pembekal berita kepada Astro, tetapi tercetus idea " fantastic" yang tidak berasaskan kepada realiti untuk mewujudkan Channel Berita TV Bernama menerusi penswastaan, tetapi oleh kerana pencetus idea ini tidak berpengalaman sebagai wartawan, sebaliknya pandai ber"gendang kosong" maka ianya tidak praktikal dan berjuta wang rakyat menjadi korban kecuali memberi faedah kepada diri sendiri.
Mungkin kalau sekiranya bekas-bekas wartawan seperti Abdul Rahman Sulaiman, Rejal Arbi, Jalaluddin Bahauddin atau Syed Jamil menjadi Pengerusi Bernama masa itu, maka besar kemungkinan bencana ini tidak berlaku kerana kesedaran terhadap penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat selalu menjadi bahan kritikan dan penulisan mereka.”.
Mengikut pendedahan yang telah dibuat oleh Blogger Kuda Ranggi Anuar Zaini Perlu Tanggung Jawab ) individu yang dimaksudkan Zam ialah Tan Seri Anuar Zaini rakan karib Pak Lah yang cukup berpengaruh ketika itu. Anuar Zaini telah dilantik sebagai Pengerusi Bernama walaupun beliau bukan berlatarbelakangkan media. Bernama TV yang berhutang kurang lebih RM10juta kepada Bernama menghadapi kerugian besar sehingga terpaksa dibailout oleh Kerajaan demi menutup kudis pentadbiran terdahulu.
Begitulah selalunya apabila terdapat mereka yang rapat dengan PM konon the inner circle yang boleh berbisik dan melangkah kepala-kepala pentadbir dan menteri yang dilantik. Kecurangan hanya akan terbungkang apabila sesuatu perniagaan atau projek Kerajaan itu gagal dan menanggung kerugian yang besar. Pada masa dan ketika itu terceliklah segala panau dan kurap di badan. Siapa yang meluluskan dan saluran mana yang digunakan. Badan bernasib baik jika panau dan kurap dapat diubati. Apa akan jadi jikalau panau dan kurap merebak menjadi kayap dan kanser sehingga keseluruh badan?. Pada masa itu mereka ini akan lari konon ‘lie low’bergentayangan di bungalow mewah mereka di luar negara (Australia yang terdekat) hasil wang rakyat.
Tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu membalas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.
Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene,” tempelak Surendran.
“Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar,” katanya ketika dihubungi.
Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram,” kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily
Nenek berusia 108 tahun meminta DS Najib Tun Razak segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di Dungun berkata, dia bimbang jika PM lewat adakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang mengundi.
"Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan," katanya.
Halimah dilahirkan 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit.
"Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan," katanya.
"Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak," katanya.
Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.
Umno/Bn berterusan menerima tekanan dan terbaru Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.
“Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012.”
Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang.
Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno.
“Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang,” kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO.
Bumburing, 60, telah meminta mereka yang ‘tidak sibuk dan mempunyai masa’ untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.