-
PERLETAKAN jawatan Datuk Misbun Sidek pada 2011 daripada BAM masih misteri sehingga hari ini, namun Rashid yang turut berbuat demikian secara mengejut semalam tidak berahsia mengenai tindakan itu.
Selama inipun nampak Rashid sekadar pemanas bangkus lurulatih sahaja jika melihat aksinya pada kejohanan2 Badminton. Entah sesaper Cina yg jadi jurulatih perseorangan negara pun tidak dikenali.
Tanpa berselindung, Rashid menuding jari kepada lagak Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong yang menjadi punca dia mengambil keputusan drastik mengakhiri khidmatnya selama 10 tahun dengan badan induk itu.
Rashid menambah dia tidak sesuai dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini yang disifatkan seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang ada.
“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan.
“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah.
“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?” kata Rashid ketika dihubungi semalam.
Selama inipun nampak Rashid sekadar pemanas bangkus lurulatih sahaja jika melihat aksinya pada kejohanan2 Badminton. Entah sesaper Cina yg jadi jurulatih perseorangan negara pun tidak dikenali.
Tanpa berselindung, Rashid menuding jari kepada lagak Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong yang menjadi punca dia mengambil keputusan drastik mengakhiri khidmatnya selama 10 tahun dengan badan induk itu.
Rashid menambah dia tidak sesuai dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini yang disifatkan seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang ada.
“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan.
“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah.
“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?” kata Rashid ketika dihubungi semalam.
Walaupun "Ubah di atas Air" mendapat sambutan hebat, khususnya ahli DAP, yang ramai hadir di majlis pelancarannya, tetapi ramai rakyat Pulau Pinang tidak begitu teruja.Beberapa orang melihatnya sebagai satu gambaran yang salah tentang budaya, manakala yang lain melihatnya sebagai satu pembaziran RM60,000 yang dibelanjakan. Ada juga yang merasakan patung raksasa setinggi tujuh meter yang diperbuat daripada PVC itu bercanggahan dengan pengharaman beg plastik di negeri ini.
Ditemui di Promenade IJM, di mana patung tersebut dilancarkan, Mohammad Asrol, yang berasal dari Bayan Lepas, berkata gimik itu adalah satu "aksi publisiti murah" dan pembaziran wang, walaupun ia ditaja oleh penyokong DAP.
Beliau berkata ia akan dilihat sebagai satu usaha untuk meniru kejayaan artis Belanda Florentijn Hofman yang menghasilkan patung itik terapung di Hong Kong dan patung burung kenyalang itu tidak melambangkan Pulau Pinang.
"Burung ini tinggal di kawasan tinggi Sarawak. Meletakkan patung burung itu di atas air menunjukkan kita (orang Semenanjung) jahil tentang budaya asal negeri ini," katanya.
SY Chin pula berkata: "Ia tidak begitu mesra alam kerana diperbuat daripada plastik dan dasar hijau Pulau Pinang mengharamkan beg plastik diberikan kepada orang ramai."
"Saya ingin bertanya mengapa burung itu terapung di atas air. Jika kita melihat secara lebih mendalam, idea terapung ialah membawa maksud tiada arah dan tanpa tujuan," katanya.
G Michael pula merasakan saiz patung tersebut kecil daripada yang dijangkakan, untuk menjustifikasikan harga RM60,000.
"DAP melihat ia sebagai agen perubahan, sudah tentu ini terpulang kepada tafsiran tetapi rakyat Sarawak akan ketawa melihat burung itu terapung di atas air kerana ia tidak melambangkan budaya mereka."
Tun Dr Mahathir Mohamad enggan bertanding pada PRU13 untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya Dr M.Semalam, bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.
Nordin berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.
Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.
"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.
"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.
"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa".
Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.
Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.
"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.
"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.
"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.
"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.
Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang."Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.
"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.
"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.
"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.
"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Rosmah Mansor, isteri PM melaksanakan tugasan PM apabila diberi pengiktirafan untuk merasmi dan melancarkan kapal milik TLDM. Maha hebat, apabila Menteri Pertahan, DS Zahid Hamidi dan mantan PM Tun Dr Mahathir sekadar menjadi tetamu.
Apakah Najib sendiri sudah muak untuk melakukan upacara seumpama ini. Atau beranggapan berpadanan dengan bini je buat kerja2 untuk pertahanan negara.. atau memang Zahid sengaja jemput Rosmah sahaja atau telah diarah berbuat demikian.
Apakah Najib sendiri sudah muak untuk melakukan upacara seumpama ini. Atau beranggapan berpadanan dengan bini je buat kerja2 untuk pertahanan negara.. atau memang Zahid sengaja jemput Rosmah sahaja atau telah diarah berbuat demikian.
BANTIN: Datin Seri Rosmah Mansor menamakan dan melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang. Kapal TLDM Gagah Samudera itu adalah kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera yang menjadi identiti bagi kapal latihan milik TLDM.Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik dengan 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.
Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech.
"Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~klpos
Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengengeluarkan komen berkenaan camputangan menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.
Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online.
Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.
Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.
"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."

(Rahman serah borang kepada Haji Hadi)
Belum reda suara DS Najib Razak berdegar-degar laung PAS tidak betul dalam perjuangannya, beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dalam kerajaan termasuk ahli perniagaan terkenal menyertai PAS malam tadi. Ia satu temparan hebat kepada Umno.
Sedang Najib merayu Melayu menyokong Umno, mantan Pengerusi konglomerat media negara (MRCB) dan juga mantan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Abdul Rahman Maidin umumkan sertai PAS.
Tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut berbuat demikian, termasuk
bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.
(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)
Dua lagi adalah bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institut Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Haji Nasir serahkan borang)
Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ia satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ia satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: “Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)”.
Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan ‘Scientology’ dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
“Media perdana memihak dan tidak adil,” katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: “Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah.”
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.
Pakatan Rakyat akan menjelajahi seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat tentang Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang mempunyai banyak ketirisan dan kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“(Penjelasan dibuat kerana) Berbilion ringgit hilang dan hutang-hutang dipadamkan begitu sahaja.
“Projek melibatkan kepentingan rakyat termasuk rumah guru dan tentera tergendala (malah) dimaafkan begitu rupa dan beberapa bukti yang lain,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
LKAN semalam, antara lain menyebut kerugian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) sejumlah RM293.82 juta dan 37.8 peratus dari projek pembinaan jalan raya Sarawak yang kelewatan.
Dalam pada itu, Pakatan turut sepakat meminta kerajaan Umno BN menangguhkan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Anwar berkata, Pakatan pada dasarnya tidak menolak pembangunan tetapi melihat pelaksanaan projek itu bercanggah dengan prinsip yang ditetapkan.
Katanya, pelbagai permasalahan rakyat seperti pengambilan 10 kampung tradisional, walaupun ada kawasan alternatif lain.
Selain itu katanya, penambakan laut sebelum pengambilan tanah menyebabkan kerugian besar kepada nelayan dan tiada rundingan teliti bersama penduduk terlibat seperti dicadangkan oleh Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
“Jadi kita minta projek ini ditangguhkan dahulu untuk memenuhi keperluan yang disebutkan ini,” kata Anwar lagi.
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh dan Nurul Izzah Anwar.
Dalam sidang media sama, Salahuddin menunjukkan peta kawasan alternatif yang boleh digunakan untuk projek Pengerang.
“Dari kampung Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor) ke Desaru, ada lebih 2,500 hektar tanah…Jadi kenapa diambil hampir 10 tahun kampung tradisi,” soalnya.
Pada 30 September lalu, kira-kira 5,000 menyertai Himpunan Hijau Lestari di Pengerang bagi membantah projek tersebut.
Datuk Hasan Ali yang dibuang daripada PAS menyalak agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibuang daripada jawatan Mursyidil Am Pas konon untuk mengelak nasi jadi bubur...wal hal dia (Hassan) sendiri dah umpama kueh talam.Presiden organisasi bukan politik itu (JATI) nampak sangat kurang kewarasan berfikirnya akhir-akhir ini dengan mendesak TGNA menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din iaitu timbalan mursyidul am.
Katanya, beliau bimbang sokongan (terhadap kerjasama dengan DAP) oleh Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".
Hassan yang ketandusan isu kini selepas konon berjuang memperbetulkan akidah umat Islam kebelakangan ini (setelah hampir PRU) banyak mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat sebaik dipecat awal tahun ini atas tindakannya.
Kenyataan itu timbul ekoran laporan media semalam berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang positif ke arah kerjasama dengan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
DAP Sarawak tentu berbohong apabila menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.
Tentulah takkan USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA YANG BERBOHONG..?
"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.
Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.
Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.
"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Gajah dah naik minyak dalam semutar..
Harakah nampok tak lapor (...lagi@belum lagi) berita ini. Ustaz Nasharuddin Mat Isa latah lagi...kali ini dia cuit pula hal ehwal kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.
Biar gi lah tengah laku surat khabar media Umno dok nganga lapar nok dengar dari ustas PAS ini. Bagus juga pakat pertahankan kewibawaan dia..
Jika diteliti, kenyataannya berlawanan sama sekali dengan arus ramai . Apa dah jadi...
Nasharuddin Mat Isa mempertahankan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam urusan kenduri kahwin itu dengan menyifatkannya sebagai hak Ketua Menteri Melaka itu untuk berbuat demikian.
"Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," kata bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Banyak lagi dia komen ..sepertimana dalam Malaysiakini..tapi raso malas nok ulas weh.. serabut perut.
Presiden JATI Datuk Hasan Ali yang semakin tidak fofular turut meraban cuba mencuri perhatian dengan bersekongkol pandangan Nasharuddin Mat Isa menyokong supaya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menolak hudud.
Kih kih kih.. apabila kawan sebantal Umno iaitu parti mewakili kaum Cina iaitu MCA menghentam rapat hal hudud jika Umno mau laksanakannya, Ahsan Ahli dan Nasaruding senyap je..
Hassan yang dipecat dari PAS tetiba kata gesaan itu penting tetapi tidak pula mengutuk MCA....perghhh
Lim semalam didakwa berkata kononnya Nasharuddin bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.
Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.
Lim juga mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.
Terdahulu, Nasharuddin dalam sidang medianya Lim memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.
Kih kih kih.. apabila kawan sebantal Umno iaitu parti mewakili kaum Cina iaitu MCA menghentam rapat hal hudud jika Umno mau laksanakannya, Ahsan Ahli dan Nasaruding senyap je.. Hassan yang dipecat dari PAS tetiba kata gesaan itu penting tetapi tidak pula mengutuk MCA....perghhh
Lim semalam didakwa berkata kononnya Nasharuddin bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.
Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.
Lim juga mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.
Terdahulu, Nasharuddin dalam sidang medianya Lim memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

Ikan emas arowana Malaysia kini diusahakan untuk menjadikannya sebagai warisan negara. Jabatan Perikanan dengan kerjasama Sirim Berhad, akan memperkenalkan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAND1:2012 untuk dikategorikan sebagai warisan negara.
Ketua pengarahnya, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, standard spesifikasi itu penting untuk pertumbuhan industri ikan arowana emas bagi mengekalkannya sebagai salah satu ikan hiasan yang paling mahal di dunia.
“Pada tahun 2010, penternak di seluruh negara menghasilkan 336,000 ikan arowana atau kelisa bernilai RM151 juta,” katanya selepas pembukaan Bengkel Kualiti Standard Ikan Arowana Emas Malaysia di Bukit Merah di sini, Rabu.

Daripada jumlah ikan arowana yang dihasilkan, antara 10,000 dan 15,000 ekor adalah dari Bukit Merah, Bagan Serai
Ahamad Sabki berkata, dengan standard spesifikasi itu, ciri-ciri unik ikan arowana emas akan lebih mudah dikenal pasti berbanding jenis arowana lain di pasaran.
Jabatan Perikanan dan Sirim juga sedang membangunkan alat Pengenalan Bionsensor Arowana bagi mengenal pasti spesis arowana emas asli dengan menggunakan pendekatan saintifik berdasarkan DNA. Ia dijangka diguna secara meluas tahun depan, s(sumber bernama)
Rakyat Singapura yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.Pada masa sama, hasil kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan atau rantau Asia seperti mee atau ‘dumpling’, tidak memberi risiko yang sama.
“Banyak masyarakat asing menerima (makanan segera Barat) kerana ia satu petanda mereka membangunkan ekonomi,” kata ketua kajian itu, Andrew Odegaard dari Kajian Kesihatan Awam Universiti Minnesota.
“Makanan Barat mungkin diterima lebih baik dari sudut kebudayaan tetapi daripada perspektif kesihatan ia mungkin kesan buruk,” katanya.
Peserta yang mengambil bahagian dalam kajian ditemubual pada 1990-an dan tabiat pemakanan mereka dipantau selama satu dekad. Mereka berusia antara 45 hingga 74 tahun pada permulaan kajian itu.
Ketika masih dalam tempoh kajian, 1,397 peserta meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan 2,252 lagi menghidap kencing manis jenis kedua.
Kajian mendapat, mereka yang makan makanan segera dua kali atau lebih seminggu berisiko 27 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis dan 56 peratus berisiko tinggi mendapat sakit jantung berbanding mereka yang makan sedikit atau langsung tidak mengambil makanan segera.
Daripada 811 peserta yang makan makanan segera gaya Barat empat kali atau lebih seminggu, risiko kematian akibat sakit jantung meningkat sehingga 80 peratus.
Hasil kajian itu tidak berubah sekalipun penyelidik mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi kesihatan termasuk umur, jantina, berat, status merokok dan tahap pendidikan.
Selain itu, rakyat Singapura yang makan makanan segera ala Barat kebanyakannya adalah golongan muda, berpendidikan dan aktif secara fizikal dan mungkin tidak merokok berbanding mereka yang terikat dengan diet tradisional.
Dua bulan lepas, DS Najib Razak meminta maaf atas kesilapan Umno-BN. Semalam, TPM TS Muhyiddin Yassin pula mengklasifikasikan PRU13 sebagai penentu hidup atau mati Umno-BN.
Mesej Muhyiddin itu menerima pelbagai pentafsiran ekoran dilihat dalam pelbagai perpektif. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau.
Namun kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua itu membawa mesej yang jelas ... BN mahu kekal berkuasa dan merayu rakyat terus memberi mandat untuk UMNO-BN terus mentadbir negara.
Pemerhati politik berpandangan bahawa UMNO-BN semakin bimbang dengan saingan Pakatan Rakyat.
Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan berhadapan dengan kekalahan.
Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.
"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau.
Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.
"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.
"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.
Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.
"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu. Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.
Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.
Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bertujuan meningkatkan keazaman parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."
"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya. (edited version from Sinar Harian)

Alkisahnya, poster parti politik yang bertanding kena ada nama pencetak dan penerbit. Ada sesaper faham atau kau orang tak kisah hal ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan semua poster parti politik yang bertanding wajib meletakkan nama pencetak dan penerbit pada poster berslogan parti.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia selaras penarikan balik Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini.
"Dulu diputuskan untuk tarik balik arahan itu, tetapi memandangkan pindaan ditarik balik, jadi SPR akan kuatkuasakannya semula," katanya.
Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju mewujudkan satu komuniti mengkaji kaedah pelaksanaannya agar mudah memberi kefahaman terutama kepada parti politik.
Antara pindaan yang diluluskan ketika itu ialah pindaan Seksyen 11(c) yang menyebabkan cetakan bahan pilihan raya tidak perlu disertakan nama dan alamatpencetak atau penerbit bahan tersebut.
Penarikan balik Rang Undang-Undang itu dipersetujui bersama oleh SPR, kerajaan dan pembangkang apabila mendapati proses pindaan itu merumitkan.
Rang Undang-Undang itu dibentang pada 9 April lepas bagi menambah baik proses pengundian, dan diluluskan Dewan Rakyat pada 19 April setelah dibahaskan Anggota Parlimen selama tujuh jam. - BERNAMA

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri
Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau kononnya menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.
Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.
”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.
”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.
Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.
Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.
Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.
Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.
Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.
”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.
”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.
Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.
Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.
“Saya tidak gementar dengan ujian ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A Samad Said mencadangkan masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Sasterawan Negara itu berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum pilihan raya umum tetapi selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini.
“Kita melihat 28 April nanti merupakan himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan. Kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.
“Tapi dalam masa sama, untuk kita melihat momentum bantahan, saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 dilaksanakan segera dan perlu dilakukan di desa,” kata Sasterawan Negara itu.
Pak Samad percaya dengan wujudnya Bersih 4.0, hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
“Mood rakyat akan dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0,” katanya.
Jika lambat, beliau berkata, seluruh rakyat akan menjadi ‘Al-Fakir’ kerana terus dipermainkan oleh kerajaan sedia ada.
Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.
Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King,tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.
Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King,tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.
Sumber: Merdeka Review


