Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula.
Beliau berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan.
"Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar.
Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru.
Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak Aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini," tegas beliau ketika mengulas ahli-ahli Parlimen yang melompat.
Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.
"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," tegas beliau.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.
"Parlimen tak boleh mengizinkan ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim terus memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat, namun tembelangnya yang mementingkan diri sendiri pecah apabila dibidas oleh Anggota Parlimen PR.
Beliau menyebut nama lapan Ahli Parlimen BN, yang didakwanya akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat, dalam kerangka pengambilalihan Putrajaya pada 16 Sept 2008, namun tanpa disedari... apa yang dibuatnya itu menimbulkan keresahan dan tidak disenangi oleh anggota parlimen BN berkenaan.
Zahrain menamakan wakil rakyat Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Sallehs), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) .
Beliau berkata, seorang lagi ialah Timbalan Yang Dipertua dewan,
Namun apabila ditanya oleh TYDP Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar siapakah timbalan yang dimaksudkan, Zahrain secara sinis berkata; “YB Timbalan Yang Dipertua pun tahu siapa dan saya pun tahu siapa.
N. Gobalakrishnan (PKR - Padang Serai) turut bangun dan menyelar Zahrain sebagai hipokrit besar dan pengkhianat, manakala Tian Chua (PKR-Batu) mengeluarkan sepucuk surat Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang antaranya menyebut bahawa beliau penuh yakin akan kepimpinan PR selepas 16 Sept 2008.
Tian Chua antaranya memetik isi kandungan surat itu mengenai penganugerahan gelaran Datuk Seri kepada Zahrain, yang mana ia dengan jelas menunjukkan kehipokritan Zahraian kerana menerima anugerah itu atas sokongan Guan Eng.
Berikut antara petikan kandungan surat Zahrain:
“Berhubung pengesahan anugerah gelaran Datuk Seri, saya (Zahrain) ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan saya ke atas TYT (Tuan Yang Terutama) Gabenor kerana bersetuju untuk memberikan anugerah ini dengan sokongan saudara (Guan Eng).
“Bagaimanapun saya difahamkan, TYT juga turut mencadangkan agar saudara (Guan Eng) juga menerima anugerah yang sama tetapi saudara telah menolaknya dan TYT kemudian mencadangkan agar anugerah itu diberikan kepada ayah saudara, Lim Kit Siang yang telah banyak berjasa kepada negara.
Dan sebagai tanda hormat kepada TYT, saya hanya akan menerima anugerah Datuk Seri ini sekiranya ayah saudara turut bersetuju menerimanya.
“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya berhasrat untuk bekerja dengan lebih rapat dengan saudara dan mengekalkan hubungan yang ikhlas serta mengukuhkan persaudaraan di antara kita. Saya juga memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjasama yang baik ini.”
Tian Chua berkata, kandungan surat itu dengan jelas menunjukkan bahawa Zahrain bersetuju menerima anugerah gelaran ‘Datuk Seri’.
Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri tidak perlu takut dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat di kawasannya sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar, kata pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub hari ini.
Mustaffa diminta mengulas kenyataan Mohsin yang beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.
Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, tidak ada sebarang ancaman terhadap Mohsin tetapi "siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas".
"Beliau tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya menilai diri sendiri. Kalau beliau betul, beliau harus berani berdepan dengan rakyat," katanya.
"Ha ha ha... hi hi hi.. saya ni lucu orangnya,,, tuan-tuan tak kenal saya ke.. saya lah yang menang kerusi bagan serai ini bukan PKR." Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dengan penuh dramatik (tapi kosong) menceritakan pada media mengenai kedudukan beliau sebagai Anggota Parlimen Bebas. Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak mendesaknya berbuat demikian.
Orang mengantuk disurung bantal, begitulah gamaknya pepatah paling sesuai untuk mengambarkan betapa sukahatinya Zulkifli Nordin dengan pelawaan Khalid Samad untuk berdebat mengenai isu kalimah Allah yang telahpun nampak reda daripada pentas media perdana.
Pelik melihatkan sikap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tiba-tiba tampil 'menyerang balas' dan mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu untuk berdebat konon untuk mencari kebenaran.
Sebelum ini, Zulkifli membuat laporan polis tehadap Khalid yang didakwa secara berterusan mengeluarkan kenyataan menghina Islam berdasarkan kenyataan yang disiarkan portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.
Menerusi artikel itu, Khalid dipetik menyatakan enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.
Nak berdebat buat aper nyer, si Zulkifli telah dipecat daripada partinya PKR....dah jadi orang buangan. Pas tak hidu, Umno pun tak mahu.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang kini menjadi anak-anak ikan ternakan Umno akan bercerita “perkara sebenar" dalam PKR sehingga mendorong beliau keluar parti itu, pada minggu depan.
Selama ini gamaknya banyak perkara tak benar diceritakan Mohsin.
Mohsin adalah anak-anak ikan ternakan Umno yang terbaru berkata demikian melalui pesanan ringkas SMS. Sejak melompat keluar PKR, Mohsin sekadar berhubung melalui SMS sahaja.
Mohsin perlukan dua minggu untuk menyiapkan karya sebenar yang dimaksudkannya itu.
Mohsin memberi alasan oleh kerana dia berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, maka ketika itu baharu beliau boleh berkarya itu.
Mohsin yang sedang merangka sinopsis karyanya itu, dilaporkan sebagai antara anak ikan ternakan termurah menerima imbuhan untuk mengadai maruah peribadinya dengan melompat keluar darti kolam PKR.
PKR telah menyingkirkannya, PAS pula tak ingin dan kini Gerakan, sebuah parti komponen BN menggesa Umno tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, sebagai anggota.
Pengerusi Gerakan P Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli adalah seorang pelampau agama dan racis.
Semalam TPM TS Muhyiddin Yassin berkata bahawa pintu Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi anggota termasuk Zulkifli, tetapi hari ini Dr Teng menasihati Umno jangan dok cari pasal.
Nampaknya Zulkifli kena join Datuk Ibrahim Ali ataupun pakat-pakat tubuh parti baru. Namun rasanya Ibrahim Ali juga takut menerima si katak tendang ini.
Zulkifli disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa,” kata DrTeng.
Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.
Beliau berkata Gerakan agak “cemas” dengan kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno “sentiasa terbuka” kepada sesiapa yang ingin menjadi anggota termasuk Zulkifli.
Dr Teng berkata BN dan Umno janganlah menerima pelampau agama dan racis.
Zulkifli Nordin yang dipecat daripada PKR, ditimpa perasaan bahawa dirinya "laku" sehingga tak sampai sehari selepas dipecat,PAS telah mempelawanya menyertai parti itu, namun semua itu sekadar lelucon politik ekoran sandiwara media.
Media sememangnya cuba mengembangkan lagi sensasi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, namun pemecatannya daripada PKR menjadikannya tidak bernilai langsung secara etikanya.
Sehingga kini, beberapa pemimpin PAS menolak Zulkifli kembali menyertai parti tersebut - antaranya naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, manakala Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim turut menafikan mempelawa Zulkifli menyertai PAS.
Zulkifli kelihatan teruja dengan kenyataan awal Tuan Ibrahim kononnya telah mempelawanya menyertai PAS dengan menulis dalam blognya bahawa beliau akan mengkaji dengan serius pelawaan itu.
"Insya-Allah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan (dipercayai PAS) tidak lama lagi," kata Zulkifli.
“Kira OK juga teman (saya) yop, tak sampai sehari teman menjanda dah ada yang masuk meminang,” tulis Zulkifli dalam loghat Perak.
Belumpun sempat untuk berehat dan melepasi edah dipecat dari PKR, Zulkifli sekali lagi dipecat daripada menyertai PAS.
Tahniah kepada Zulkifli Nordin kerana akhirnya dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat. Maka tidak sempatlah menerima tawaran mana-mana pihak untuk melompat terutama dari UBN. Rugi besar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ini tak sempat nego ... terus dipecat aje semalam.
Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri yang melompat keluar PKR beberapa hari sebelum ini dikatakan menerima bonus hanya RM1 juta sahaja. Tak senilai dengan kopiah putih di atas kepalanya.
Terfikir juga dalam benak, apakah ahli-ahli Parlimen seperti Mohsin, Zulkifli. Zahrain Mohd Hashim (Parlimen Bayan Baru) ini akan menang jika bertanding atas kapasiti peribadi.
Zahrain mungkin ada yang kenal kerana sebelum ini aktif dalam Umno (suam-suam kuku je), Zulkifli memang telah diketahui keceluparannya, manakala Mohsin takda sapa yang kenal atau pernah mendengar namanya.
Mungkin pesanan ringkas Mohsin pada seorang ustaz di Bagan Serai (rakannya) boleh mengambarkan tahap pemikiran Mohsin.
Salam ust.
terima kasih byk atas ingatan, bukan x ingat mati ? tapi yg menimbulkan masalah adalah parti pkr dan juga pakatan rakyat (pas).
Mengapa mereka tdk mengambil tindakan serta menasihati pemimpin pakatan rakyat bagan serai? ustaz tahu x saya telah diaibkan beberapa kali kali iaitu 1. Mesyuarat agung parti pkr 2. Majlis konvensyen pakatan rakyat Perak.
Mereka juga sebagai pengkhianat saya dan juga parti. ust pikirlah org2 mcm ni di muliakan dlm parti. Apa pas buat?
Pakatan Rakyat Bagan Serai buat endah x endah. saya juga tdk diiktiraf sbg ahli parlimen. jadi hendak kerja bagaimana?
Sbnrnya byk lagi masalah yg ada. saya akan huraikan.
yb mohsin fadzli hj samsuri
Alahai Yb Mohsin, nampak benar tuan tak reti jadi ahli parlimen. ini bererti tuan tak buat homework. buka pusat khidmat sekadar untuk tidur baring dengan anak bini buat aper..
UMNO menyerang Parti Keadilan Rakyat bertubi-tubi kerana mahu Barisan Nasional mendapatkan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dengan apa cara sekali pun. Dengan kuasa dua pertiga itu, mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan.
Mereka boleh ubahsuai kawasan Parlimen. Mereka mahu lebih banyak kerusi majoriti orang Melayu kerana UMNO ingat orang Melayu tetap menyokongnya.
Kononnya kalau tambah kerusi majoriti Melayu, maka kerusi UMNO dalam pilihan raya akan bertambah. Oleh itu, untuk dapatkan majoriti dua pertiga ini, UMNO berjaya menarik beberapa orang Ahli Parlimen PKR untuk menyokong BN bagi tujuan ini.
Nampaknya hasrat Najib untuk mengembalikan kerusi dua pertiga di Parlimen akan tercapai. Saya percaya ada beberapa Ahli Parlimen PKR lagi akan keluar parti tidak lama lagi.
Sekarang kita bukan saja ada “Sodomy 2”; tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik “Perak 2” di mana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di peringkat pusat.
Fenomena menggunakan wang, sogokan dan imbuhan ditawarkan untuk orang PKR ini agar berpaling tadah. Ini bukan kenyataan yang dibuat untuk menutup kelemahan PKR dan kepimpinannya.
Inilah yang benar-benar berlaku.
Inilah maklumat dan laporan yang kita terima. Memang ada aspek tertentu dalam pengurusan parti yang perlu kita perbaiki, dan perkara ini sudah pun diakui dan tindakan telahpun diambil.
Tetapi kita tidak dapat menahan “political mercenaries “ atau mereka yang sanggup menggadai perjuangan dengan wang dan jawatan, daripada melompat keluar dari parti kita.
Walaupun berberapa pemimpin parti melompat, sebenarnya sokongan rakyat bertambah.
Inilah kekuatan kita yang sebenar.
Inilah yang perlu disebar dan difahami oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Lihat sahaja sokongan padu para pemimpin dan ahli-ahli Parlimen DAP dan PAS terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim; ini menunjukkan perpaduan kita yang kukuh dan ikhlas.
Kita bersama telah dapat mengatasi politik rasuah ini. Pilihan raya akan datang bergantung kepada kuasa rakyat, dan bukan kepada beberapa kerat “political mercenaries” yang melompat ini.
Saya dan kawan-kawan dalam PKR tetap akan mempertahankan perjuangan politik Pakatan Rakyat. Setelah selesai fenomena melompat ini, keadaan akan tenang kembali.
Kita tidak akan lumpuh, malah kita akan lebih kuat. Kita akan lebih teliti dalam memilih calon, kita akan lebih cermat melantik wakil dalam jawatan tertinggi parti. PKR telah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat daripada serangan wang ini, tetapi kita masih subur dan kuat.
Ini bererti ramalan Pak Pandir kononnya PKR akan lumpuh hanyalah mimpi di siang hari kerana mereka tahu siapa sebenarnya yang telah kehilangan sokongan rakyat.
Saya harap rakyat Malaysia yang mahukan perubahan tetap yakin dengan perjuangan kami. Kalau dulu tak ramai yang berkaliber yang mahu bertanding di bawah tiket PKR, kini sudah sampai masanya anda menyahut cabaran untuk bersama-sama kami mengubah politik negara.
myzaidibrahim.wordpress.com
Ribuan jemaah akan mengadakan solat hajat agar ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberikan balasan setimpal oleh Allah kerana mengkhianat perjuangan setelah diberi ruang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata beliau akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan, kecuali dia mengosongkan kerusi Bagan Serai.
“Kita memberi tempoh tujuh hari mulai semalam supaya beliau meletak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat supaya Allah menghukumnya kerana mengkhianati perjuangan. Biarlah Allah menentukan bentuk hukumannya,” kata Ahmad Awang.
Bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak itu berkata, solat hajat itu adalah anjuran beliau sendiri dan terbuka kepada pengundi dan penyokong PAS serta seribu pelajar sebuah pusat pengajian agama.
Mengimbau ketika Mohsin dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRU 12 itu, Ahmad berkata, tiada siapa mengenali Mohsin ketika itu dan banyak pihak termasuk pengundi dan penyokong PAS bertanyakan siapakah Mohsin?
'Saya bertungkus lumus memastikan kemenangan Mohsin. Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.
Sementara itu di Bagan Serai, kira-kira jam 10 pagi tadi, sejumlah 200 orang berhimpun di depan Pusat Khidmat Mohsin mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.
Umno sedang berusaha membeli lebih ramai wakil rakyat Pakatan dalam usaha mengumpul majoriti dua pertiga bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihanraya diadakan untuk menjamin kemenangan pada PRU13, kata Raja Petra Kamaruddin.
Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ia dibuat di bawah kaedah-kaedah menyusun pengundi untuk kepentingan.
Menurut perlembagaan, SPR berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.
Kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat ialah pada 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.
BN sentiasa mencatat keputusan lebih baik pada setiap pilihan raya selepas persempadanan semula diadakan seperti pada PRU 1986, 1995 dan 2004.
Raja Petra mendakwa bahawa, "seorang di belakang membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah bernama Hamdan, iaitu sepupu Najib (PM Dato Seri Najib Razak).Hamdan dikatakan telah diberikan Kudat IPP sebagai untuk pembiayaan shopping spree itu, kata Raja Petra lagi.
Hamdan dikatakan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Risikan Tentera). Orang perhubungan beliau di Bukit Aman ialah Akril Sani, manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.
Mohsin, 65, mengikuti jejak Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Semalam, blogger Raja Petra Kamaruddin berkata, Tan Tee Beng menerima RM2 juta kerana melompat keluar PKR.
RPK juga berkata 'shopping spree' oleh Umno/BN untuk membeli wakil rakyat PKR adalah dalam usaha mencukupkan 2/3 majoriti dalam parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.
Langkah persempadanan semula itu penting kepada Umno/BN bagi menjamin kemenangan pada PRU13 nanti.
Mohsin mengumumkan demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini. Salehuddin turut hadir pada sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika pengumuman keluar PKR.
Berikutan ini, Ahli Parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
Mohsin yang pada kebanyakan waktu menetap di Kuala Lumpur memang diketahui gagal memberi tumpuan di kawasan Parlimen yang diwakilinya.
Menurut pengundi kawasan berkenaan, Mohsin memang sukar ditemui dan kurang mempedulikan permasalahan yang dihadapi pengundinya.

Dua katak yang mengikrar diri sebagai Adun bebas, Jamaluddin dan Kapt (B) Osman Jailu mungkin melopong mendengar rakan DAP yang sama-sama melompat dari Pakatan Rakyat menyokong Umno/BN menerima habuan lebih besar daripada mereka berdua.
Ataupun mungkin juga Jamaluddin dan Osman akan mengesahkan bahawa mereka menerima lebih banyak daripada amaun itu.
Apapun ia menunjukkan tahap kecekapan masing-masing berunding dengan UBN, yang kelaparan wakil rakyat yang tidak berpendirian sepertimana kata Naib Presiden Pas Datuk mahfuz Omar.
Mungkin juga Adun Behrang dan Adun Changkat Jering itu akan menafikan bahawa Hee Yit Fong (Adun Jelapang) dari DAP yang meninggalkan partinya dibayar suku juta ringgit kerana lompatannya itu.
Jika demikian, ternyatalah Hee walaupun sekadar seekor katak betina ternyata lebih bernilai dari dua katak jantan itu.
Blogger Raja Petra Kamaruddin berkata, Hee menerima sejumlah RM25 juta
Begitu juga dengan Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR hanya sekadar dibayar RM2 juta sahaja, kata RPK.
Mungkin value Tan tak seberapa sepertimana juga maruahnya. Sekadar renungan... rujukan sebagai katak lebih mudah rupanya untuk merujuk pada wakil rakyat yang melompat keluar parti yang diwakilinya.
Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, kemasukan bekas TKM Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.
Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.
"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. "
"Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Persoalan boleh atau tidak boleh seseorang wakil rakyat itu lompat/melompat parti harus dilihat dari segi agama dan moral.
Di sisi agama Islam adalah haram jadah bagi seseorang wakil rakyat itu bertindak lompat keluar parti, lebih-lebih lagi parti yang didukungnya itu memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam.
Namun, hukumnya halal bagi seseorang wakil rakyat dari parti sekular melompat menyertai parti lain memperjuangkan Islam.
Dalam konteks, wakil rakyat yang dulunya menang melalui parti yang memperjuangkan prinsip keadilan, tiba-tiba melompat keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas (tidak menyertai mana-mana parti), maka hukumnya berdosa kerana prinsip bebas adalah telah mengingkari persetujuan dan amanah pengundi yang memilihnya di atas prinsip keadilan.
Meskipun begitu, dari aspek moral yang bebas daripada bayangan agama, sudah pasti menganggap apa bentuk aktiviti wakil rakyat lompat-melompat itu sebagai sah. Ini kerana ukuran yang dipakai adalah prinsip undang-undang, pragmatisme dan prinsip demokrasi sekular. Kesemua prinsip ini tidak mengaitkan soal dosa pahala, etika dan unsur kerohanian masyarakat. Asalkan apa yang dilakukan akan mencapai kepuasan diri dan keegoan politik peribadi.
Rujukan agung zaman bagi kes seperti ini adalah peristiwa rampasan kuasa di Perak berlaku diakibatkan oleh tindakan tidak bermoral segi undang-undang, sikap pragmatik dan ego menguasai diri tiga wakil rakyat – Adun Jelapang (DAP), Changkat Jering (KeADILan) dan Behrang (KeADILan) – telah melompat parti dan menyertai bebas lalu menyokong BN.
Sebenarnya huraian di atas adalah realiti timbang tara antara pemikiran politik sekular dengan fikrah perjuangan Islam pegangan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Fikrah perjuangan Islam adalah selari dengan prinsip al-Quran dan menjadi landasan perjuangan kepimpinan di dalam Islam. Sedangkan prinsip politik sekularisme adalah kepuasan kebendaan dan menolak agama.
Justeru itu, adalah silap sama sekali jika membaca maksud pengamatan Tuan Guru di dalam isu wakil rakyat yang keluar (lompat/melompat) parti itu dari aspek pemikiran sekular. Ini kerana konteks pengamatan Tuan Guru adalah keagamaan dan perjuangan berlandaskan keadilan sejagat, bukannya demokrasi semata-mata.
Pandangan benar Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Huraian dalil-dalil nyata dan articulate (qat’i) berikutnya adalah menjawab kepada isu-isu yang utarakan di atas. Sekali gus memberi jawapan kenapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat lompat keluar parti (seperti kes Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Seri Abu Zahrain Mohamed Hashim).
Sebaliknya, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bersetuju jika sekiranya wakil rakyat dari parti sekular melompat untuk menyertai parti yang memperjuangkan Islam (contohnya ura-ura wakil rakyat BN menyertai PAS pada 16 September 2008).
Pertama, ciri parti yang direstui sebagai memperjuangkan Islam ialah parti itu hendaklah menerima hakikat pemerintah sebenar di alam raya ini ialah Allah Subhanahu wa taala. Pati sekular sudah tentu tidak akan sama sekali menerima hakikat uluhiyah dan rububiyah Allah Yang Maha Kuasa. (wanikwanyusof@harakahdaily)

Sewajarnya kesemua wakil rakyat yang lompat keluar daripada parti yang diwakilinya semasa bertanding pada pilihan raya mengosongkan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Langkah ini memang wajar kerana kemenangannya adalah atas mandat yang diberikan rakyat pada parti yang diwakilinya bukan atas kapasiti dirinya. Simbol parti yang digunakan pada pilihan raya berkenaan yang memenangkan diri seseorang wakil rakyat itu.
Oleh itu, saranan Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat memang berasas dan wajar agar DS Zahrain Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru memandangkan Zahrain dah umumkan keluar PKR yang diwakilinya.
Setakat ini, lima (termasuk Zahrain) dah umum keluar parti masing yang diwakili semasa PRU12 lepas termasuk dua katak di DUN Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), dan Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) dan Mohd Radzhi Salleh (Lunas). Kesemuanya dari PKR.
Seorang lagi Anggota Parlimen PKR Zulkifli Nordin juga dikhabarkan sedang membuat onar dan eloklah melepaskan jawatannya kalau sudah tidak dengan arus perjuangan parti sendiri.
Selain PKR terdapat seorang ADUN DAP di Perak yang telah juga keluar parti menjadi ahli bebas dengan menyokng BN.
Kalau betul-betul rakyat mahukan mereka sebagai individu, tentu sekali mereka akan menang walaupun sebagai calon bebas. Sebaliknya, sekiranya rakyat pilih wakil parti, maka wakil parti yang akan menang.

DS Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru memandangkan beliau adalah golongan yang mengkhianati amanah pengundinya.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, oleh itu Zahrain mesti menyerahkan mandat kepada rakyat yang mengundi dia pada PRU12 lepas.
"Undi adalah amanah rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya Menteri Besar Kelantan itu sebagai mengulas tindakan Zahrain yang keluar dari PKR.