Ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.
Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital.
Ia kemudian disuraikan oleh polis.
Shahril berkata:
“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."
Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.
Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan
"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."
Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
Bagaimanapun Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.
"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.
Beberapa blog hari ini termasuk Perakite ini yang memetik dari blog2 berkenaan melaporkan kononnnya Shahrir mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.
Perakite pada asasnya memetik berita ini dari :
http://adukataruna.blogspot.com/2012/04/sidang-media-berdarah-shahril-samad.html
Rupa-rupanya ia April Fool:
Berikut kenyataan di Senai, Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog-blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.
Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama sekadar cerita "April Fool."
“Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool’. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.
“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang,” kata beliau.
“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang,” kata beliau.
Ini petikan dari Blog Adukataruna: he he dah terkantoi dengan April Fool siap gambar lagi
Sidang media berdarah : Shahril Samad umum sertai PAS.
Johor Bharu, 1 April – Ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Shahril Samad hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS bersama lebih 2000 kekuatan ahli. Perkara yang menggemparkan itu mendatangkan keributan dan huru-hara ketika sesi sidang akhbar yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.
0 comments