Ekoran keghairahan mengutip madu, seorang lelaki maut apabila disengat sekumpulan lebah di kawasan perhutanan Relong Gajah, Tanah Merah Kelantan semalam.
Tragedi itu berlaku ketika Zahari Mat Zin, 41, bersama rakannya Roslan Ismail memasuki hutan itu kira-kira jam 3 petang untuk mengutip madu dari sarang-sarang lebah di dahan-dahan pokok.
Zahari dikatakan berpisah daripada Roslan semasa diserang lebah itu. Roslan dikatakan sudah terlewat untuk membantu setelah mendengar Zahari meraung meminta pertolongan.
Pemergian beliau yang turut dikenali sebagi King Ghaz disahkan oleh cucunya yang dikenali sebagai Farah.
Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin. Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

Baginda, 51, dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum ayahanda baginda Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.
Almarhum Sultan Iskandar, 77, yang memerintah Johor selama hampir tiga abad akan dimakam di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang ini. Baginda mangkat jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini.
Almarhum Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 15 Nov 1984 baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Almarhum Sultan Iskandar, adalah Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu ini, Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Almarhum Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara. Allahyarham meninggalkan 6 anak. Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.
Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 September 1956 hingga Jun 1972.
Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas Menteri Penerangan dan juga Setiausaha Agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.
Anak sulungnya, Datuk Nur Jazlan, ahli Parlimen Kulai berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.
Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari. Veteran Umno itu menjadi menteri penerangan dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan 1987 hingga 1999 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham juga pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.