Analogi mudah tak kan sebodoh itu seorang bekas timbalan perdana menteri untuk terbabit dengan ada rakan bersama-samanya ke hulu ke hilir.
(lihatlah pada bentuk kepala lelaki berkenaan, perut boroi dan dada lelaki itu yang gendut)
Begitulah (ringkasannya) ekoran video itu mulai tersebar di youtube internet hari ini. Bersepah laman web anti pembangkang melaporkan bahawa video klip yang dipratontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lepas boleh didapati ditontoni di sesawang.

Klip video itu yang dimuat-naik hanya memakan maa 1minit 41 saat. Namun tiada aksi lucah melampau. Klip asal dikatakan lebih 20 minit.

“Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang, saya akan bincang dengan pasukan saya dan lihatlah nanti pada 2 Ogos sama ada dia masih dalam pasukan ini atau tidak," kata Mohd Yusof sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web.
Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Raja Petra itu.
Kemungkinan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 hampir menjadi realiti jika PM ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang di-Pertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.
Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat, kata Anwar.
"Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang di-Pertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.
"Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.
Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.
Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.
"Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.
"Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.
"Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.
"Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".
Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.
Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.
"Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.
1) The trial is being conducted in an overwhelmingly politicized environment. Part of its context is the earlier trial of Anwar on the same charge, a trial which was perceived worldwide as politically motivated. We do not longer live in an insulated world.
2) Pre-trial publicity by the local mainstream media has been so blatantly unbalanced as to convey the impression that the media are pursuing a political agenda. Since the local mainstream media is either government owned or tightly controlled, this translates into the impression that the government itself has an interest in its outcome.
3) Many Malaysians believe that sections of the executive and political establishment have an interest in this trial. There does not seem to have been any attempt to remove this suspicion.
In such circumstances the principle that justice must not only be done but seen to be done is breached. As in the case of the constitutional crisis in Perak and in the openly illegal denial of oil royalty payments to Terengganu and now to Kelantan, we as Malaysians suffer when our Government loses credibility domestically and internationally.
Tengku Razaleigh Hamzah,
Member of Parliament, Gua Musang
Rumusan awal oleh dunia antarabangsa terhadap perbicaraan dakwaan kes liwat DS Anwar Ibrahim ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.
Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Australia melaporkan kepada Parlimen Australia , bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi didapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.
Parlimen Australia dimaklumkan bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.
Pengerusi JK itu Michael Danby berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.
Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999 dan kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip demokrasi.
Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.
Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih lima dekad.
Di bawah Umno, Malaysia sudahpun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.
Sebagai perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini. Ketika ekonomi Malaysia menguncup negatif 2.8 peratus tahun lepas, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes "Liwat 98" membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (12 tahun lepas) meninggal dunia pada jam 3.15 petang tadi.
Beliau meninggal di Hospital Selayang pada usia 64 tahun. Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama. Augustine antara yang mereka yang terbabit dalam kes ANWAR ketika itu termasuk Tan Sri Mohtar Abdullah, Dr. Qistina, Rahim Noor, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin.