Meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan dalam perbicaraan, hakikatnya ialah bukti-bukti berkenaan telah direka cipta dan fitnah semata-mata, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.
"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima.
Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" kata Anwar.
Inilah, kata beliau budaya memfitnah dan mengaibkan orang oleh Umno dan akhbar kawalannya hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat, malahan perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.
"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'.
"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.
"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.
Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.
"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas.
Tadi Ketua Polis IPD Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya," katanya.
Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.
"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.
"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.
|
Pusat penamaan calon bagi prk Dun Merlimau telahpun dibuka begitu juga bagi Prk Dun Kerdau.
Namun bagi Merlimau, polis mulai kelihatan mengadakan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.
Pilihanraya DUN Merlimau dijangka diadakan pada 6hb Mac 2011, berikutan penyandang jawatan DUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang meninggal dunia pada 20 Januari lepas.
Pada Pilihanraya Umum 2008, seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau. Daripada jumlah tersebut, 64.69 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India dan bakinya kaum lain.
Secara geografinya, Merlimau adalah sebuah pekan kecil dalam Daerah Jasin, bersempadan daerah Muar, Johor. Dun N27 Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu,yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Orang Cina kebanyakannya tinggal di pekan, Melayu di kampung dan India di Ladang. Merlimau kini semakin membangun sebagai antara pusat pendidikan tinggi di Melaka dengan kewujudan Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.
Prk Dun Merlimau ini penting dan menarik kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu.

ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.
Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.
Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".
Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.
Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.
Umno BN kembali kepada asalnya menggunakan muslihat agama iaitu negara Islam dan pendirian calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya sebagai kononnya beliau (Cikgu Mala) tidak mesra rakyat.
Adalah satu perkara teramat dangkal bagi Umno yang sekian waktu cuba menyamai perjuangan PAS dengan mendasari Islam sebagai asasnya, tetiba termakan dengan strategi rakan karibnya MCA (yang kini dipimpin oleh seorang Presiden yang terpalit skandal seks) dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini.

Sementara itu, Normala berkata, BN gagal memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.
"Kami sebagai individu Muslim (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub berkata, ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.
Ummi Hafilda dalam wawancaranya dengan Utusan atau Mingguan Malaysia semalam (12 Dec) telah menggesa Abangnya Azmin AliTimbalan Presiden PKR agar bertaubat hanya kerana Abangnya itu telah menentang konsep “Ketuanan Melayu”.
Ketuanan Melayu itu membawa maksud Kekuasaan orang-orang Melayu ataupun Kekuasaan Raja-Raja Melayu.
Ummi Hafilda seharusnya tahu dan sedar siapakah yang telah menentang dengan cara menghakis “Ketuanan Melayu” itu sebelum menyeru abangnya Azmin agar bertaubat.
Pada tahun 1983 Akta Tanah telah diubah, perubahan yang dilakukan ini bagi membolehkan tanah-tanah milik orang Melayu dijual kepada bukan Melayu dan Kerajaan juga boleh mengambil alih tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan.
Pada tahun yang sama juga imuniti atau kekebalan Raja-Raja Melayu juga telah ditarik bagi membolehkan mereka didakwa di Mahkamah jika melakukan kesalahan.
Kedua-dua perkara besar diatas telah dilakukan oleh seorang Pemimpin dari UMNO iaitu Tun Mahathir, beliau telah melakukan perkara tersebut seharusnya Mahathir lah yang perlu diminta bertaubat oleh Ummi Hafilda kerana Mahathir telah secara jelas menentang “Ketuanan Melayu”.
Ummi Hafilda juga telah berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia dilingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa, tetapi tidakkah Ummi Hafilda tahu bahawa mendedahkan keaiban abangnya itu juga merupakan satu dosa?
Kenapa perlu Ummi Hafilda menggunakan Media Massa untuk menyeru agar abangnya Azmin Ali bertaubat, tidak bolehkah beliau sebagai adik menemui atau meghubungi abangnya itu untuk menasihatkan dan memintanya untuk bertaubat?
Untuk apa beliau mendedahkan keaiban abangnya (jika ada) dan menyeru agar beliau bertaubat melalui media tunggangan UMNO itu selain dari untuk menjatuhkan maruah dan memalukan abangnya sendiri?
Tidakkah Ummi Hafilda sedar kenyataannya yang telah disiarkan oleh Media UMNO dengan tajuk besar “Taubatlah Azmin” itu bakal mengundang persepsi yang negative dari masyarakat terhadap abangnya sendiri? Kerana Taubat itu biasanya dikaitkan dengan kesalahan yang besar dalam Islam.
Jikapun Azmin Ali dikatakan bersalah kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dalam menyembunyikan fakta sebenar berkaitan isu tuduhan liwat sebelum ini Mahkamah mana yang telah mengatakan Anwar telah bersalah kerana tuduhan liwat?
Sebagai adik yang baik Ummi Hafilda sewajarnya menyembunyikan segala keburukan abangnya itu jika ada dari pengetahuan masyarakat bukannya mendedahkannya kepada khalayak ramai.
Dalam wawancara itu juga Ummi Hafilda telah bersumpah untu kesekian kalinya yang jumlahnya mungkin hanya beliau yang tahu. Sumpahnya “ Wallahi Wabillahi Wataalahi” dalam aurat yang tidak dijaga atau ditutup dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam apakah hukumnya pula?
Yang pastinyakemunculan semula Ummi Hafilda kali ini bolehlah diumpamakan sebagai senjata lama yang digunakan semula oleh pihak UMNO/BN dalam meneruskan seranganterhadap PKR yang Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim, Presidennya DS Wan Azizah dan Abangnya Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.
Dan sepatutnya yang harus bertaubat disini ialah Ummi Hafilda sendiri, bertaubatlah dari terus memburukkan saudara sedarah daging sendiri.
Bertaubatlah juga dari terus dipergunakan oleh pihak yang kini kelihatan amat takut untuk kehilangan kuasa, Takutlah kepada Allah yang maha berkuasa bukan takut kepada pihak yang berkuasa dan malulah kepada para Malaikat yang beribadat hanya kerana Allah bukannya beribadat selama 7 hari 7 malam hanya kerana untuk muncul semula memburuk-burukkan abang kandung sendiri..
Jadilah sebagai seorang adik yang membolehkan abangnya merasa bangga mempunyai adik yang sedemikian..
Amir Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang

