GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.
Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.
Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.
"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, saya hanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen saya semasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.
Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya berkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.
Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon.
Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan itu menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ab Aziz daripada BN menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.
Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata beliau mempunyai formulanya yang tersendiri semasa berkempen iaitu memilih untuk bersama-sama dengan pengundi dan rakyat.
Jelas beliau, pilihan raya kecil ini sepatutnya berkaitan denganrakyat dan bukannya hanya sekadar faktor calon.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Ab Aziz sebagai calon dilakukan oleh Umno Bahagian Gua Musang dan kepimpinan tertinggi BN.
"Calon ini bukan saya 'hand-picked', tapi dipilih dan dipersetujuioleh ramai pihak dan kepimpinan tertinggi," katanya.
Ditanya strategi kempen yang akan digunakannya bagi memastikan kerusi DUN Galas kembali menjadi milik BN, Ku Li berkata beliau memilih untuk turun padang berjumpadengan rakyat.
"Saya tidak akan menyertai mana-mana ceramah utama semasa proses kempen ini, saya lebih gemar berjumpa rakyat dari rumah ke rumah,"katanya.
Sementara itu Tengku Razaleigh turut menyifatkan bahawa prk ini merupakan satu pertandingan 'kekeluargaan' dan mengarahkanagar jentera partinya tidak menyerang peribadi lawan.
"Sebab saya anggap pilihan raya ini hanya pertandingan kekeluargaan ialah kerana landskap politik di Kelantan tidak akan berubaha walaupun mana-mana pihak menang.
"PAS perlu tanding kerana pada pilihan raya umum 2008 mereka menang di DUN Galas manakala Umno pula perlu bertanding di sini kerana kerusi ini milik BN sebelum ini...mana-mana pihak yang menang pun tak akan memberi perubahan kepada suasana politik di Kelantan," katanya
![]() |
Ku Li yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon, tetapi beliau tidak naik ke pentas, malahan telah "hilang" sebelum pengumuman dibuat.
Bagaimanapun, Mustapha berkata: "Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya.
![]() |
"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.
Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."
Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.
"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya.
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.
Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Galas, Wan Mustapha Abd Hamid membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada Selasa.
Pencalonan Ab Aziz yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang dicadang oleh Mohd Azmi Mahmood dan disokong oleh Chong Kam Siong.
Sementara itu pencalonan Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang dicadang oleh Mohamed Noor Awang Hamat dan disokong olehAbdullah Hussein.
"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan PAS pada pilihan raya kecil kali ini. Saya yakin jentera parti akan digerakkan agar kerusi ini kekal menjadi milik PAS," kata Zulkefli.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnyaChe Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibatkanser usus pada 27 September lalu.
Bagi prk Parlimen Batu Sapi pula, ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.
Senarai calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain, yang juga Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, di pusat penamaan calon Dewan Komuniti Sandakan.
Mohamad Hamsan menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon selepas tiada isu dibangkitkan semasa tempoh bantahan selama sejam.
Ansari tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.
Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.. Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.
PAS mulai mempersiapkan markas dan kelengkapan menempuh fasa kempen tidak lama lagi. Pejabat PAS di Gua Musang menjadi markas induk untuk melancarkan perjalanan kempen.
Difahamkan petugas parti dari seluruh Kelantan sudah mula berkampung sejak pengumuman tarikh PRK itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu.
Persiapan awal termasuk untuk majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun Galas pada 19 Oktober, yang dijadual disempurnakan Datuk Menteri Besar Kalantan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah siap dilaksanakan.
Salam kepada adik kakok di Kelate, terutamo hok dok di Galas.
Saya rasa pengundi Galas dah sedia maklom dengan pengumuman bahawa takdak projek mee segera di prk Galas. Kalu gitu ambo rasa berbuih sakan mulut tok pa dan ku li nak berkempen di Galas... Kalu benar begitu kempen Umno-Bn sekali ni, maka Umno akan kalah di Galas.
Sebenarnya itu strategi Umno-BN untuk kelentong pengundi Galas untuk mengelakkan digunakan isu janji-janji di Manek Urai yang sehingga saat ini banyak belum tertunai. Nampak benar pembohong Umno-BN ini
Kebiasaannnya setiap prk .. Umno-BN akan menggalas berjuta ringgit projek mee segera. Bermula dengan Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Bukit Gantang dan di Sibu, kesemuanya ditaburkan ribuan juta ringgit projek mee segera.
Rakyat telah dijanjikan pelbagai perkara daripada rumah sehinggalah jambatan dan jamban. Namun semuanya belum terlaksana dan kini tiba-tiba Galas datang dengan sejumlah janji belum ditunaikan di kawasan DUN berhampirannya iaiitu Manek Urai. Di manakah jambatan yang dijanjikan di Manek Urai?
Najib telah jenuh berteriak janji ke sana sini konon untuk memberi keselesaan kepada rakyat, nak bina rumah dan itu dan ini, tapi rakyat dok takok tu juga.
Janji tinggal janji... dan lantaran tidak ditunaikan di Manek Urai.. rakyat akan dapat melihat dengan jelas betapa temberangnya Najib dan UMNO-BN. Lantaran itulah Ku Li dijemput mengetuai jenteran Umno-BN Galas. Seandainya gagal, maka akan terkuburlah politik Ku Li di Galas.
Kontraktor jalan tentu sudah bersiap sedia untuk mengtarkan mana-mana jalan yang berlubang dan berlopak maupun yang masih elok. Dok dua tiga bulan jalan berkenaan kembali berlopak dan berlubang-lubang kerana semuanya dilaksanakan sekadar mengisi kantung dan menyedapkan mata.
Tok Pa kata Umno tak dah projek segera di Galas? Boleh jadi benar kenyataan itu kerana kerajaan sudah kekeringan kewangan untuk ditaburkan. Pada PRK Manik Urai, Umno menjanjikan empat projek bernilai RM10.4 juta iaitu membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5juta), membina jambatan Manikk Urai (RM8juta) Gelanggang sukan di kampung Manjur (RM300,000) dan masjid Temaler (RM600,000).
![]() |
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.
Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.
SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.
![]() |
Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.
Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.
Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh
TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Tengku Razaleigh Hamzah dah setuju jadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, tapi Ku Li beliau belum beri jawapan pun.
Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau telah bersetuju dilantik sebagai Pengarah PRK Dun Galas itu.
Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.
Ia berhubung kenyataan Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.
Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.
Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.
"Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.
"Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas saya balik ke Malaysia," katanya lagi yang kini berada di luar negara.
Selain pengarah pilihan raya, nama Tengku Razaleigh juga dicadang oleh Umno sebagai calon bertanding di Dun tersebut.




