Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A Samad Said mencadangkan masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Sasterawan Negara itu berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum pilihan raya umum tetapi selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini.
“Kita melihat 28 April nanti merupakan himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan. Kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.
“Tapi dalam masa sama, untuk kita melihat momentum bantahan, saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 dilaksanakan segera dan perlu dilakukan di desa,” kata Sasterawan Negara itu.
Pak Samad percaya dengan wujudnya Bersih 4.0, hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
“Mood rakyat akan dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0,” katanya.
Jika lambat, beliau berkata, seluruh rakyat akan menjadi ‘Al-Fakir’ kerana terus dipermainkan oleh kerajaan sedia ada.
0 comments