Pengumuman Datuk Mukhriz Mahathir bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan depan, tergambar dalam posternya berslogan "Berani Berubah" yang sekaligus memberi saingan sengit dalam kancah pertandingan parti itu.
Penyertaan Muhriz bolehlah dilihat sebagai meneruskan legasi bapanya Tun Dr Mahathr Mohamad (walaupun Muhkriz menafikannya). Mukhris dilihat mampu mengugat persaingan pemilihan Naib Presiden Umno.
Penyertaan Muhriz bolehlah dilihat sebagai meneruskan legasi bapanya Tun Dr Mahathr Mohamad (walaupun Muhkriz menafikannya). Mukhris dilihat mampu mengugat persaingan pemilihan Naib Presiden Umno.
Namun kalangan pemerhati melihat, kemasukan Muhkriz ke dalam senarai Naib Presiden akan menyingkirkan salah seorang Naib Presiden yang sedia ada. Ia juga menghimpit kedudukan Muhyiddin Yassin dalam tempoh duaa atau tiga tahun lagi.
Jika menang, Muhkriz dilihat di dalam kalangan Umno sebagai calon yang lebih mempunyai aura untuk melangkah lebih jauh dan kelak akan menjadi saingan kepada Muhyiddin.
Sambil menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaik untuk memimpin Umno, Muhkriz turut mengumumkan tiga calon Kedah untuk merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi, iaitu Aziz Salim, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Strategi kempen Muhkriz ternyata lebih bijak dan bakal memancing sokongan.
Awal2 lagi, Datuk Seri Shahidan Kassim turut kelihatan hadir pada majlis pengumuman itu malahan beliau turut memberitahu akan berkempen untuk Mukhriz.
Shahidan juga pengerusi Umno Perlis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bahagiannya turut melahirkan sokongan bulat kepada Mukhriz.
Ratusan, termasuk pemimpin akar umbi dari Pulau Pinang, Perak, Johor, Terengganu, malah Kelantan kelihatan hadir.
Sementara itu, Bernama melaporkan Mukhriz berkata beliau membuat keputusan itu setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, dan setelah memikirkan jawatan yang sesuai untuk beliau dipertanggungjawabkan.

Jawatan naib presiden Umno kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ketiga-tiga mereka telah menyatakan hasrat untuk mempertahan jawatan itu.
Selain Mukhriz, dua lagi pemimpin telah mengumumkan akan bertanding jawatan itu iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mukhriz berkata sebagai pemimpin negeri, beliau tidak dapat tidak, perlu mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut.
0 comments