Imbas kembali Norton (kiri) bertarung dengan Muhammad Ali pada 1973 di Inglewood, California.Norton cukup dikenali kerana pernah menewaskan Muhammad Ali pada 1973. Menurut rakan baik yang juga pengurusnya, Patrick Tenore, Norton meninggal dunia di pusat penjagaan Arizona.
“Isterinya menghubungi saya dan memberitahu Norton sudah meninggal dunia. Saya ada melihatnya beberapa hari lalu. Fikirannya sentiasa nampak jelas tetapi tutur katanya terganggu sejak kemalangan jalan raya di Los Angeles,” kata Tenore.
Norton yang mengalami strok, tahun lalu menamatkan kerjaya gemilangnya dengan rekod 42 kemenangan, tujuh tewas, sekali seri dan 33 knockout. Dia bertarung dalam kategori heavyweight pada era 1970-an bersama-sama kumpulan peninju lain termasuk Ali, George Foreman, Joe Frazier, Leon Spinks dan Jimmy Young.

0 comments