Selama inipun nampak Rashid sekadar pemanas bangkus lurulatih sahaja jika melihat aksinya pada kejohanan2 Badminton. Entah sesaper Cina yg jadi jurulatih perseorangan negara pun tidak dikenali.
Tanpa berselindung, Rashid menuding jari kepada lagak Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong yang menjadi punca dia mengambil keputusan drastik mengakhiri khidmatnya selama 10 tahun dengan badan induk itu.
Rashid menambah dia tidak sesuai dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini yang disifatkan seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang ada.
“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan.
“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah.
“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?” kata Rashid ketika dihubungi semalam.
0 comments