Tiada apa yang salah kerana ia prerogative pihak yang berkuasa..Usia bukan penghalang tetapi ia membangkitkan rasa pelik kerana yang dah tua dan berjuang puluhan tahun tidak mendapat tempat malahan ditepis begitu sahaja.
Inilah kisah Fitriah yang dilantik menjadi anggota MPPP. Tiada apa yang musykil dengan perlantikannya meskipun masih muda belia. Walaupun setahu saya, setahun menjadi ahli MPSP belum mampu menjadi seorang yang mahir dengan selok belok peraturan MPPP. Adoii kalau setakat nak hadir 20 mesyuarat sebulan dan terima elaun...bolehlah.
Yang lebih menarik ialah Fitriah ini dikatakan (lihat laporan) adalah anak bekas speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain, yang kalah pada pru baru-baru di DUN Telok Bahang. Selepas kalah, Datuk Abdul Halim dilantik menjadi Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Teluk Bahang .
Namun kesahihan ini diragui dan ada yang mengatakan ia bukan anak Datuk Halim.
Namun kesahihan ini diragui dan ada yang mengatakan ia bukan anak Datuk Halim.
Bagaimanapun ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya..mungkin begitulah pepatah untuk Datuk Abdul Halim, walau apa jawatanpun ia tidak akan mengikis kewibawaannya. Namun yang paling pelik lagi ialah jika benar ia anak Datuk Abdul Halim yang merupakan anggota PKR., adalah tidak munasabah anak perempuannya anggota DAP.
Blogger dan pemimpin MCA serta Gerakan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan lantikan Nur Fitriah Abdul Halim, 26 daripada DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam.
Laporan dari mStar menyatakan..
GEORGE TOWN: Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.
Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.
Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.
Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.
Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.
"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.
Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas ~ mStar
Anak Sungai Derhaka lebih tertarik dengan ulasan atau persoalan yang Blogger Sejarah Melayu bangkitkan ini..
Isu pelantikan anak bekas Speaker DUN P.Pinang Datuk Abd Halim Hussein , Nur Fitriah berusia 26 tahun begitu panas dipertikaikan .
Jika Anwar sibuk mempertikaikan pelantikan bekas Menteri dilantik kerajaan sebagai Penasihat , ramai mempersoal kelayakan wanita muda ini oleh kerajaan DAP .
Alasan mereka untuk memenuhi kuota Melayu dalam ahli majlis MPPP.
Apa yang GPB boleh katakan tentang pelantikan ini adalah bersifat KRONI oleh kerajaan DAP .
Ia bukan soal memenuhi kuota Melayu tapi lebih kepada mengagih jawatan kepada kroni bagi memenuhi permintaan pihak tertentu.
Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13
Mungkin desakan Halim yang tidak disambung jawatan Speaker , maka legasinya perlu diberi jawatan dalam kerajaan negeri .
Kesimpulannya , kerajaan DAP sibuk mengata BN tentang isu KRONI tetapi ternyata mereka lagi teruk !!
Aku tak kisah jika lantikan oleh DAP ini dipertikaikan oleh MCA dan Gerakan.. tapi hairan juga aku bila DAP melantik bangsa Melayu menjadi Ahli Majlis, puak-puak yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama pula mempertikaikannya..
Tak nampakkah mereka nama yang dilantik oleh DAP ini ialah Nur Fitriah Abdul Halim, berumur 26 tahun, berbangsa Melayu..
Kan dah cukup kriteria untuk diperjuangkan korang.. Anak Melayu bergama Islam tu.. jadi tak payah nak pertikaikan lah.. Asalkan Melayu.. tak apa.. biarpun ada budaya kronisma... he..he..he..
Cuma aku persoalkan kenapa Datuk Abdul Halim Hussein itu yang merupakan Ahli PKR membiarkan anaknya menyertai DAP dikala PKR sedang menggiatkan usaha menambah Ahli?
MENGIKUT SUMBER: FITRIAH INI BUKAN ANAK DATUK ABDUL HALIM..KITA TUNGGU PENGESAHAN..
0 comments