Lama sungguh saya tidak menulis, kali terakhir rasanya semasa awal pru13. Sebenarnya naluri menulis tidak pernah terpadam kerana saya ia sekian waktu terpahat dalam diri, malahan telah melalui proses pembelajaran dalam dunia ini.
Setelah lebih dua bulan memikirkan apa yang saya tulis selama ini terutama dalam berblogging sejak 2008 (masih baru)...,.saya merasakan perlu mengubah corak penulisan ke arah yang lebih bersifat positif dan lebih versatil.
Kebanyakan apa yang ditulis termasuk beberapa rakan, saya perhatikan lebih kepada ikutan dan pengaruh persekitaran atau syok sendiri. Copy n paste adalah cara paling mudah dalam berblogging tetapi ia tidak mengambarkan keperibadian penulis itu sendiri.
Hari ini sekadar titipan awal, saya ingin mengajak pembaca (kepada yang ada membaca titipan ringkas ini) akan apa yang dikerapkali disuarakan akhir-akhir ini ia itu untuk mewujudkan kesamarataan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia nampak bagus, telus, baik dan positif kerana rakyat Malaysia itu berbilang bangsa, khususnya yang utama mencorakkan warna siasah Malaysia ialah Melayu, Cina dan India..ada juga kadangkala sesetangah pemimpin apabila berucap di hadapan sebangsanya sendiri akan berkata rakyat Malaysia yang terdiri daripada Cina, Melayu dan Indian.. ataupun India, Cina dan Malaysia.
Saya tiada rekod mengenai kenyataan di atas tapi sudah biasa mendengarnya..malahan kadangkala telinga saya tidak mendengarnya.
Begitulah mungkin sebahagian daripada erti kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia.
Kesamarataan bererti kesemua bangsa memperoleh hak yang sama.. menikmati kek sama banyak.. atau kek dibahagikan mengikut peratusan bangsa berkenaan dalam kelompok penjumlahan kapasiti penduduk.
Entahlah kerana saya bukan orang politik yang kebanyakan waktu lebih banyak retorik.
Kali ini saya akan berusaha berlaku adil bukan satu gimik untuk melencongkan pemikiran pembaca siber.
Mungkin untuk hari ini setakat ini sahaja kerana jari-jemari saya juga sudah kematu.
Oh ya calon Pas di PRK N01 Dun Besat juga bukan Ustaz kali ini. Eloklah lawannya juga bukan ustaz tetapi seorang jurutera. Secara asasnya, calon PAS seorang kontraktor, manakala calon Umno/BN adalah seorang jurutera. Cantiknya seorang kontraktor dalam bidang tugasnya kebiasaannya merujuk pd seorang jurutera (yang berkaitan) dalam melaksanakan projek2 yang diperolehinya.
Kita lihat nanti kontraktor berkenaan yang juga selaku Bendahari Pas kawasan itu sama ada mampu mengubah hati pengundi (khususnya memancing lebih 1,400 undi majoriti) yang undi Umno/BN.
Ingatlah kawasan berkenaan adalah kawasan Nelayan....persoalannya pernahkah PAS kawasan berkenaan melakukan sesuatu untuk nelayan. Jika pernah maka baguslah...tetapi jika tiada dan sekarang baru mendekati nelayan...maka tampak sangatlah pincangnya urusan.
Nantilah kita bertemu lagi untuk mengulas kesamarataan, manisnya kekalahan PAS di Pulau Pinang dan sikap pimpinan yang gagal melihat masa depan jemaah kecuali untuk diri sendiri maupun kemenangan PAS di Terengganu ???
Selamat berpuasa
-
0 comments