Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , isu semasa - Apa hal sampai rumah Ketua Wanita PKR P Pinang kena sita ?

Berikut pula ceghrita mengenai Ketua Wanita PKR P Pinang yang kena sita barangan rumahnya. Norhayati Jaafar ni mantan calon PKR yang kalah di DUN Teluk Air Tawar. Beliau kini Penyelaras Kadun Teluk Air Tawar yang dilantik oleh PKR di bawah Pejabat Ketua Menteri.

Baca laporan mStar Online ini:

Berikutan gagal melunaskan bayaran gantirugi RM30,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik Ketua Wanita PKR negeri Norhayati Jaafar di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam hari ini disita oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
    
Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu hari ini setelah Norhayati gagal membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua wanita PKR negeri Aminah Abdullah yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu.
    
Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan.
    
Katanya pada 27 September tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk G.V.Varughese mengeluarkan perintah kepada Norhayati sebagai defendan pertama dan dua lagi defendan, masing-masing membayar gantirugi RM30,000 kepada Aminah kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.
    
"Bagaimanapun tiga bulan selepas keputusan penghakiman dibuat semua defendan termasuk Norhayati gagal membayar gantirugi berkenaan. Jadi ini adalah salah satu cara yang kita ambil iaitu dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah menyita barangan milik defendan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.
    
Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila suami Norhayati mempertikaikan proses penyitaan itu dan kehadiran sekumpulan wartawan dan jurugambar di rumahnya bagi membuat liputan proses penyitaan itu.
    
Bagaimanapun proses penyitaan dilaksanakan dengan sempurna apabila wakil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjelaskan kepada lelaki berkenaan mengenai proses penyitaan itu.
    
Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap Norhayati, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS.
    
Aminah dalam tuntutannya mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Wan Azizah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    
Selain itu, beliau mendakwa ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk  Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur  fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.

Pada 27 September lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Norhayati, Jab dan Khairil Anuar masing-masing membayar ganti  rugi RM30,000 kepada Aminah, manakala Mohd Sabri, Ahmad Lufti dan PAS dilepaskan selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.
    
Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin PKR tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November tahun lepas.
    
Sementara itu, Aminah berkata beliau hairan mengapa Norhayati tidak mendapat pembelaan daripada PKR sedangkan wanita itu sanggup membuat fitnah demi membela parti dan presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
    
"Sepatutnya dia (Norhayati) minta bantuan daripada Wan Azizah membayar gantirugi kepada saya seperti yang diarahkan oleh mahkamah kerana apa yang dia lakukan terhadap saya adalah bagi membela Wan Azizah dan PKR.
    
"Saya berpendapat Norhayati perlu memikirkan semula perjuangannya bersama PKR kerana dia telah banyak membela parti itu tetapi sekarang apabila dia susah parti itu langsung tidak membelanya," katanya.

Bernama

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers