Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - nasional - ada YB PAS tak dicalonkan semula...ada dicicirkan last minit

PAS Pulau Pinang nampaknya masih bermain catur dalam menentukan calon-calonnya untuk pilihanraya umum ke-13 yang sudah terhidu baunya. Dengar khabar terbaru Parlimen dibubar 22 Januari ini.. tak berapa hari lagi ler tu.

Konsep tangkap muat dan seakan rakan kongsi nampaknya menjadi ukuran utama calon-calon yang dipilih. Ada juga kedengaran YB-YB di Perak yang tidak akan dicalonkan lagi...ada juga beberapa nama yang mulanya disenaraikan di Pulau Pinang mulai terciri. Ada juga nama2 baru yang masuk kerana rapat dengan grup tertentu...

Kesian pada yb-yb era 2008 (khususnya di Perak) yang bertanding atas sebab tiada orang yang  minat nak bertanding...tetapi akhir depa jadi YB kerana tak tersangka menang . Tapi kini depa tidak diperlukan lagi kerana ramai yang pandai-pandai dan boleh dipilih2 dan dibuang seperti antah beras oleh pimpinan negeri. 

Last2 depa dikatakan tidak akan dicalonkan konon  atas salah laku (yang . tidak dibuktikan). Pelik sesetengah tu tidak akan dicalonkan kerana konon sudah berusia..maka perlu diberi pada yang muda dan ada seseorang itu tidak akan dicalonkan kerana telah beristeri dua dan ada juga kerana dikatakan guna kedudukan untuk diri sendiri sebagai YB.

Apalah sangat yang dapat dilakukan oleh seorang YB yang berada di negeri sebagai pembangkang. Apa yang boleh dibuat oleh YB berkenaan... banyak dakwaan dibuat atas sikap yang tidak profesional tetapi lebih kepada hear saya dan dakwaan yang tidak terbatas melalui maya.


Hairan melihat pendirian Pas negeri yang tidak tegas dalam menentukan bakal calon yang bertanding. Sesungguhnya tidak semestinya seseorang itu berwatak atau bekelulusan sebagai seorang ustaz maka itu melayakkannya menjadi calon.

Juga tidak semestinya seseorang itu menjadi Ketua Pemuda Negeri maupun Ketua Dewan Ulama Negeri ataupun Pengarah Pilihanraya Negeri, maka secara automatisnya layak menjadi calon. 

Wal hal jika menjadi pengarah pilihanraya negeri sepatutnya yang berkenaan itu mengasingkan dirinya daripada menjadi calon. Itu secara logikalnya.

Pengarah pilihanraya tentunya perlu menumpukan pada satu negeri semasa pru diadakan, jadi jika yang berkenaan bertanding bagaimanakah dia hendak menumpukan pada kawasan2 lain.. Namun dengan kelebihan akal dan kudrat tentu ada kebijaksanaannya untuk berusaha

Syabaslah yang boleh melaksanakan tugasan dengan bijaksana sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.

Khabarnya tokoh peniaga Datuk Seri Rahman Maideen akan dicalonkan di Parlimen Tasek Gelugor. Khabarnya Tpj Negeri Ust Khalid Man telah menerima mesej jelas dari Setiausaha Agung Parti berhubung perkara ini. termasuk dalam senarai itu nama Yusni Mat Piah..Ketua Pemuda PAS negeri yang akan bertanding di Kerusia DUN Permatang Berangan.

Sejak bila Yusni ini pernah melaksanakan kerja buat di Permatang Berangan tidak diketahui. Yusni yang diketahu umum bukan anak tempatan Tasek Gelugor malahan dia berasal dari Baling Kedah juga pernah dikaitan dengan grup Hafiz Nordin yang keraspkali menghentam PAS dan Lim Guan Eng.

Dari segi merit memang tidak patut langsung. Kini kedengaran seluruh jentera kawasan permatang Berangan yang sudah tiga empat tahun bekerja keras untuk memenangi Dun berkenaan bersama penyeleras Kadun Permatang berangan Arshad Salleh.

Nampaknya pimpinan tidak melihat di peringkat kawasan tetapi lebih mendengar pandangan peringkat tertentu tanpa merujuk pada peringkat bawahan. Inilah persamalahan yang berlaku dalam PAS kini.

Arshad atau Pak Chad tewas kepada Shabudin Yahya pada pru 2008 dengan majoriti bawah 2,000 undi. Keyakinan menebal bahawa Pak Chad akan memenangi kerusi ini ekoran perubahan sikap pengundi India dan Cina di kawasan itu.

Siapa Yusni di kawasan ini..pun begitu juga nama Mohd Nor Harun.. Setiausaha Perhubungan Pas Pulau Pinang disenaraikan untuk calon Sungai Dua. Perghh siapa Mohd Nor tidak diketahui umum di Sungai Dua.... 

Mungkin Pesuruhjaya PAS Negeri Dato Salleh Man mempunyai jawapannya yang lebih baik daripada sekadar berkata ia keputusan peringkat Pusat. Namun siapa yang mencalonkannya... kawasan atau negeri.. janganlah dipiliha hanya kerana mereka itu rakan-rakan semata...

Esok kita sambung lagi al kisah kerja buat Pak Chad dan terkesima juga mendengar Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong, Perak) yang dikhabarkan mulanya akan bertanding di Kuala Kangsar kini tidak tersenarai namanya sebagai calon.....kesian juga mendengar rintihan YB2 bekas kakitanagn pencen maupun askar pencen yang kini cuba ditolak ketepi.. tengok2 lah,. takkan lah tak berguna depa ni

Tags: nasional

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers