Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?
Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.
Antara aksi 'si anjing Umno' |
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.
Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan. Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarMemang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.
Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man berlepas tangan macam tu.
Harakahdaily juga melaporkan:
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.Kalau tengok ke gambar yang keluar dalam blog penchachai Umno macam kat bawah ni, aku yakin yang tengah pegang mikrofon tu adalah Ust Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.
Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.
"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. - Ibid.
Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.
Heran sungguh aku, sampai bila PAS nak simpan orang macam ni. Nak tunggu sampai aksi macam 'si anjing Umno' yang macamana lagi baru PAS nak ambil tindakan.
Langsung tak munasabah kalau Dato Saleh Man ' tidak tahu menahu' mengenai kelaku bekas Ketua Pemuda PAS Negeri ni. Langsung tak tak boleh diterima akal kalau langsung takdak apa-apa tindakan PAS Pulau Pinang dah ambil ke atas dia ni.
Satu lagi yang paling aku mushkilnya, ada khabar angin yang kata Ust Hafiz ni masih rapat dengan Pemuda PAS Pulau Pinang, malah ada yang kata dia ni masih lagi jadi naqib usrah Pemuda PAS Negeri.
Aku harap sangat Pemuda PAS Pulau Pinang boleh segera jawab kemushkilan aku ni. Aku yakin bukan aku saja yang mushkil tapi ramai yang dah dengar khabar angin tu pun mushkil jugak.
Kalau Ust Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda PAS negeri tak mampu nak jawab, mungkin Ust Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku Setiausaha Pemuda PAS negeri yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia yang blogger Abu Nawas kata suka glamour tu boleh keluarkan kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ni.
Lagi satu, sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, aku harap sangat Dato Saleh Man benar-benar berperanan. Naik serabut telinga aku dengar macam-macam pasai Pemuda PAS Pulau Pinang ni.
0 comments