Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - nasional - PAS P Pinang dah lama cadangkan Hafiz dipecat..

PAS Pusat terus berdiam diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Hafiz Nordin  iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang secara terang-terangan sudah kerapkali berpendirian bertentangan.

Hafiz juga sudah kerapkali mengeluarkan kenyataan yang mencelarukan dan tidak sealiran dengan PAS.

Hafiz Nordin kini semakin mencabar pendirian PAS..dah naik tocangnya kerana PAS gagal mengambil sebarang tindakan. Seolah-olah PAS sendiri membiarkan Hafiz menjadi api dalam sekam.

Demonstrasi hari ini di Masjid Simpang 6, dekat Komtar seharusnya membuka mata pimpinan yang kurang terbuka atau tidak nampak akan kesannya pada perjuangan jemaah yang lain dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Hafiz yang diiringi pengikut2nya yang siap membawa bendera PAS secara terang-terangan menghentam cadangan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pengunaan kalimah Allah oleh pengikut kristian. 

Ia mengambarkan itulah pendirian PAS.  Datuk Saleh Man, selaku Pesuruhjaya PAS lantas menafikan terbabit dalam menganjur demonstrasi  selepas solat Jumaat.


Memahami kedudukan Salleh yang dilema berhubung tindakan Hafiz  itu,... tersepit dan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuktikan PAS tidak terbabit langsung kerana ada kalangan yang ikut serta itu membawa bendera PAS dan kalangan ahli PAS.

Ada benarnya, bukan PAS Pulau Pinang yang menganjurnya namun pada mata kasar rakyat ia memperlihatkan bahawa ia dicetuskan oleh PAS.

Salleh yang enggan mengulas lanjut berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Hafiz juga sebelum ini bersekongkol dengan Dato Hassan Jati berceramah menghentam kerajaan negerindan PAS.

Jika demikianlah sifatnya, mengapakah PAS masih lagi menyimpan Hafiz dan tidak mampu membuangnya terus daripada PAS sepertimana dilakukan pada Hassan.

PAS kelihatan lambat dalam membuat keputusan.

Ketika diajukan perkara ini kepada Salleh, beliau berkata PAS Negeri telah lama meminta PAS Pusat yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Hafiz termasuk memecatnya dari PAS.


Tags: nasional

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers