Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - EJEN TERGAMAK TIPU DUIT JEMAAH UMRAH


Seorang pemilik syarikat ejen pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap 34 pertuduhan menyalah guna wang jemaah untuk menunaikan umrah berjumlah RM291,250.
Jamlee Mohd Zid, 41, didakwa menyalahguna wang tersebut bagi kegunaan peribadi.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 34 individu di syarikat J&J Mesra Travel & Tours Sdn Bhd, Bukit Baru di sini antara 17 Ogos 2011 dan 12 April 2012 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Sazali Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan enam penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan 12 Disember depan bagi sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers