Malu nyer katak lompat betina ni. Mana nak sorok muka apabila MCA (BN) menafikan bersetuju penyandang Hee Yit Fong menjadi calon bertanding kerusi DUN Jelapang pada PRU13.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh, pompuan yang sepakat dengan Adun Behrang Jamaludin Radzi dan Adun Changkat Jering Osman Jailu jangan harap menjadi calon lagi.
Hee sebenarnya mendahului PM dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Nampak sangat Hee berbohong... biasanyalah dah dekat2 PRU ni.. amacam dua sahabat baiknya itu , di samping Ahli Parlimen Bagan Serai yang sudah tidak kendengaran berita.
Chua berkata parti itu tidak pernah berbincang hal itu dengan PM mengenai kerusi di Perak.
"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya.
Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN
Semasa menjadi Timbalan Speaker DUN di bawah Pakatan Rakyat, Hee dikatakan memang banyak membuat karenah dengan meminta pelbagai perkara untuk kemudahan dan kepentingan dirinya sebagai speaker, walaupun tidak termasuk dalam kemudahan yang sepatutnya disediakan.
0 comments