-
You Are Here: Home - political concern - DAP Sarawak bohong ?
DAP Sarawak tentu berbohong apabila menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.
Tentulah takkan USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA YANG BERBOHONG..?
"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.
Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.
Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.
"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Gajah dah naik minyak dalam semutar..
0 comments