Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - Khalid dan Salahudin putus hubungan dengan Nasharuddin


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Nasharudin Mat Isa.

Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid dan Salahudin mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa

Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid dan Salahuddin  memutuskan hubungan dengan Nasharuddin.

Ini ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu kononnya DAP mahu membentuk kerajaan Kristian di Malaysia.



Kenyataan Nasharuddin itu menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS", kata Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

Tindakannya untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS, tegas beliau.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam. Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers