Khairul Fahmi Che Mat menjadi hot apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta untuk bermain dengan pasukan lain.
Khairul atau Apek dikatakan menerima tawaran sejumlah itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya benar, Apek, 23, bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Tawaran RM3 juta itu tersebar di Internet terutama laman sosial, FB dan ia dikatakan dibuat pasukan Johor.
Apek bagaimanapun enggan mengulas, tetapi mengakui ada pasukan cuba ‘memancingnya’.
"Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.
-
0 comments