-
You Are Here: Home - nasional - Umno bersedia tinggalkan BN untuk sertai PAS..?
Umno meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai PAS, sekurang-kurangnya begitu yang sepatutnya berlaku, bukan PAS diajak meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersekongkol dengan parti itu konon untuk memperjuangkan Islam.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin (yang mungkin rasa terdesak) mengajak PAS meninggalkan PR untuk menyertai parti itu kononnya untuk memperjuangkan agama Islam di negara ini.
Semasa berucap pada himpunan membantah filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini, Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam.
"PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita. Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain," tegas Khairy.
Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam 'Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno.
Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan.
0 comments