-
You Are Here: Home - wilayah - kisah benar tragedi yang meragut nyawa pelatih PTD..
Pegawai kadet PTD arwah Adly Hasmi Abu Hassan telahpun selamat disemadikan. KSN pula memberitahu media siasatan rapi akan djalankan. Begitulah seringkali dikatakan. tahu apa2 yg berlaku.
Menurut cerita tragedi yang berlaku itu menjurus kepada kecuaian jurulatih dan kesombongan untuk tidak mengguna peralatan keselamatan.
Kisahnya bermula begini, kumpulan pegawai kadet PTD itu terdiri daripada 243 orang menjalani latihan ala tentera di Kem Wataniah Force 136 di Pekan.
Pada hari kejadian, selesai makan tengah hari, mereka dikerah untuk menjalankan aktiviti water confidence dengan melintasi Sg Miang mengguna seutas tali yg direndahkan agar kepala berada di paras sungai.
Dalam aktiviti water confidence ini, pelatih memakai pakaian lengkap tentera, tanpa life jacket, tanpa persediaan paramedik, tanpa ambulan,tanpa penyelamat menyeberangi sungai yang kedalamannya antara 3 dan 6 meter.
Hanya tali itu sebagai alat keselamatan yg diikat pada badan bagi memastikan tidak terlepas dan dibawa arus.
Pelatih melaporkan bahawa arus Sg Miang pada sesi berkenaan terlalu kuat dan beberapa kadet lain turut hampir lemas, tetapi menurut sumber, urussetia atau jurulatih terlalu berkeras dan enggan bertolakan dengan meneruskan aktiviti seperti biasa.
Arwah Aldy mengadu kurang sihat, demam dan tiada water confidence untuk menyeberangi sungai pada ketika itu. Tetapi, jurulatih bertegas memaksa mangsa agar tetap meneruskan aktiviti tersebut.
Apabila arwah mengalami kesakitan akibat kekejangan otot, pengsan seterusnya tenggelam sepenuhnya ke dalam air kira2 dua meter dari tebing, jurulatih memanggil2 mangsa dan akhirnya terjun untuk mnyelamatkannya.
Setelah dibawa naik ke darat, mulut arwah telah berbuih dan CPR dilakukan 2 kali dengan bantuan kadet2 lain.
Setelah arwah tetap tidak sedarkan diri 2-3 minit dan mulut terus berbuih, arwah dibawa ke hospital Pekan dengan menaiki van urusetia.
Menurut sumber, Pemandu juga dilaporkan memerlukan bantuan untuk menunjukkan laluan terdekat ke hospital berdekatan.
Mangsa disahkan meninggal sebaik tiba di hospital kira-kira pada pukul 3 petang dan jenazah mangsa disolatkan di Kem Wataniah 505.
Selepas kejadian, berlaku perselisihan antara jurulatih dan sebahagian pelatih yang tidak berpuas hati dengan kaedah latihan yg dijalankan dan kelompok ini enggan meneruskan latihan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.
(muafakatmembawaberkat.blogspot)
0 comments