Seorang pelatih Pegawai Pentadbir Diplomatik (PTD) meninggal dunia pagi tadi kerana lemas semasa menjalani latihan ala tentera di sebuah sungai di Kem Wataniah,Pekan, Pahang, ekoran kecuaian jurulatih.
Pelatih PTD itu Aldy Hasmi Abu Hassan lemas semasa diarah menyeberangi sungai dengan berpakaian lengkap tentera tetapi tanpa dibekalkan jaket keselamatan.
Menurut sumber, Aldy telah maklumkan bahawa dia tidak mampu melakukan latihan dalam sungai itu tetapi jurulatih tetap memaksa beliau mengharungi sungai itu.
Semasa dalam sungai, Aldy dilaporkan telah tenggelam timbul tetapi jurulatih beranggapan konon Aldy main-main.
Hampir kesemua peserta melihat tragedi menyayat hati itu sehinggalah Aldy tidak lagi sedarkan diri.ih
Semasa kejadian juga dilaporkan tiada paramedik di situ.
Aldy meninggalkan seorang isteri dan sepasang bayi kembar berusia kira-kira 10 bulan.
Berita ini amat mengejutkan dan menimbulkan keraguan pada latihan-latihan yang dimodulkan kerajaan. Ia sama dengan kejadian yang berlaku pada pelatih PLKN iaitu menyebabkan air dan air dan air.
Kerajaan tidak pernah peduli dan belajar daripada kesilapan.
Kejadian ini adalah yang kedua menimpa pelatih PTD kerana pada tahun lepas juga berlaku satu insiden yang membabitkan kematian seorang pelatih PTD. Banyak bantahan telah dibuat untuk membatalkan latihan ini tetapi kerajaan terus mewajibkan latihan sebulan ini kepada pelatih itu.
Sebelum graduasi diploma PTD, pelatih difahamkan wajib menjalani kursus selama enam bulan dan salah satu modul yang diterapkan kerajaan ialah menjalani latihan ala tentera. Pada tahun ini pelatih dihantar menjalani latihan tentera itu di kem wataniah, Pekan.
Pelatih yang meninggal hari ini adalah antara kira-kira 300 pelatih PTD yang menjalani latihan tentera selama sebulan bermula awal September ini.
Menurut sumber, selepas dua minggu menjalani latihan asas tentera, minggu ini dikatakan akan menjalani latihan lebih keras termasuklah latihan pagi ini melintasi sungai dengan berpakaian lengkap tentera.
Apa yang dikesalkan ialah pelatih dilaporkan tidak dibekalkan safety jaket walaupun ada kalangan pelatih pastinya ada yang tidak pandai berenang. Pelatih diminta menyeberangi sungai dalam aktiviti water confident kononnya dengan menggunakan seutas tali .
Dalam latihan itu, pelatih berkenaan dikatakan sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan itu Tidak diketahui sama ada pelatih itu terlepas daripada tali berkenaan atau dihanyutkan arus sungai.
Menurut sumber, selepas kejadi berlaku pertengkaran dan rusuhan antara pegawai melatih dengan pelatih yang tidak berpuas hati dengan modul latihan dijalankan khususnya daripada segi aspek keselamatan.
Sesetengah pelatih dikatakan hari ini telah cuba melawan pegawai yang melatih mereka ekoran tidak memberi jaminan keselamatan.
Ekoran kejadian itu, para pelatih PTD itu enggan meneruskan latihan yang dicadangkan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing. Sesetengahnya pula berpendapat apakah relevannya latihan ala tentera itu dengan bidang kerja yang akan mereka laksanakan.
Mereka, apakah tidak mencukupi dengan latihan PLKN selama beberapa bulan dan kini perlu menjalani latihan ala tentera lagi. Apakah kini semua pegawai kerajaan perlu didoktrinkan dengan pemikiran dan ideologi pemerintah.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara telah mengarahkan dibatalkan program berkenaan dan kesemua pelatih diminta pulang ke Intan, Kuala lumpur esok.
Dalam pada itu, akhbar melaporkan bahawa pelatih kadet PTD itu terjatuh ke dalam sungai, sedangkan menurut pelatih kadet beliau lemas semasa menyeberangi sungai itu.
-
Pembetulan.. Arwah meninggalkan 2 org anak kembarnya.. Al-fatihah buat arwah aldy..
macam² hal la.... nak jadi PTD @ nak jadi askar nih??.. dah tak de idea lain ke...
perkemaskan minda dengan pengetahuan agama lebih berfedah