Umno-BN memang dah ketaq lutut Habis segala teksi dan kereta kerajaan akan dipaksa pasang bendera BN. Semua pengangkutan awam kena pasang bendera biru yang tak lawa itu yang ditambah dengan lakaran dacing yang dah senget tu..
Untuk peringkat awak, bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi. Kenapa Selangor sahaja, pasanglah di segenap hiway Plus yang banyak guna warna hijau dan juga ubah kaler korporat Petronas dari warna hijau ke warna biru.
Pasti Petronas juga tak lak selepas itu.. he he
Elok juga tandas awam diwarna biru boh lambang dacing sekali... he he
KTM dikata berbuat demikian ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.
Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.
Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.
Adoi siap kena minta polis bantuan untuk kawal bendera...
Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.
Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang.
"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.
"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.
-
0 comments