Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , political concern - Media Hong Kong turut lapor kes komisen kapal selam

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King,tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat.  Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di  laman The Asia Sentinel.

Sumber: Merdeka Review

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers