menteri besar perak ds mohamad nizar jalamudin yang dirampaskuasa |
Dengan khabar ada wakil rakyat katak lompat akan bertanding semula pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Lama juga tak dengar kisah Ostad Dato Zulkifli Nordin bersuara ... agaknya sedang mencari tempat selamat untuk bertanding kot.
Tiga katak lepasan PKR di Perak yang tersohor Jamaludin (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Ostad Mohsein (Parlimen Bagan Serai) juga khabarnya minat tanding semula, khususnya Jamaludin. Seekor lagi katak OKU DAP yang lompat bersama-sama Jamaludin dan Osman itu juga digalakkan bertanding semula.
Sebenarnya lebih elok kesemua katak lompat ini bertanding semula menguji kewibawan masing-masing sama ada mereka menang dulu atas kapasiti peribadi ataupun parti yang diwakili. Kalau menang, maka benarlah mereka benar-benar popular atas kapasiti peribadi sebagai kaptan bersara mahupun sebagai posmen.
Umno-BN kena beri ruang pada kesemua katak lompat ini bertanding semula atas kerusi Umno ataupun sebagai calon bebas yang disokongi Umno-BN.
Di Kedah juga ada dua ekor katak lompat, selain di Selangor yang berhadapan krisis dalam kain sendiri, manakala seorang lagi yang mempejuangkan akidah sehingga dibuang parti kerana tersalah akidah dalam perjuangan parti sendiri. Mungkin Dato ni bertanding atas kapasiti parti akidah. Elokler.. uji diri.
Terbaru ini, yang tersohor ketua perkasa, ,Datuk Ibrahim Ali umum akan bertanding tapi kerusi mana belum tetap. Sedang test market. Sama ada mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian.
Semua akan ditentukan kemudian,. Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian.
Pada pru 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS, kemudian umum sebagai wakil bebas. Kali ini tentu elok bertanding atas tiket UMNO atau atas jenama PERKAS sendiri.
0 comments