Guru-guru kini menjadi mangsa apabila dikerah mendengar program2 politik khususnya program Umno dan BN. Malam ini guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri diarah menghadiri program ceramah Datuk Dr Hassan Ali di padang awam Taman Guru, Pintu Geng, Kota Bahru.
Esok pula, guru-guru di Kuala Terengganu dikerah menghadiri progam yang akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khemah siap sedia untuk sambut Muhyuddin di sekolah K Terengganu esok |
Mengenai ceramah Hassan, risalah dan poster ceramah tersebut diedar di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.
Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.
Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).
“Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD,” kata sumber terbabit.
Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.
Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.
Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.
0 comments