Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - LAPORAN POLIS TERHADAP UMNO-ONLINE

Berikutan kengganan pihak Umno-Online, iaitu laman web rasmi Umno, menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat 9 laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:

a)
Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan
18 Okt 2011
b)
Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan
18 Okt 2011
c)
Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam
19 Okt 2011
d)
Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??
19 Okt 2011
e)
Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit
20 Okt 2011
f)
Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit
21 Okt 2011
g)
Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati
25 Okt 2011
h)
Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng
25 Okt 2011
i)
Isu Cabu : Guan Eng Umpama Penembak Buta
28 Okt 2011
Jadual 1: Senarai laporan-laporan di Umno-Online

Tambahan pula, laporan-laporan “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” dan “Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??” pada 19 Oktober 2011, “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” pada 20 Oktober 2011 dan “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” pada 21 Oktober  telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21 Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang En. Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Encik Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan En. Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.

Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, Umno-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan “Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati” dan “Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng” yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011  menuntut supaya Umno-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web Umno-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk “Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua 9 laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web Umno-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Zairil Khir Johari
Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers