Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - nasional - DAP gesa lucut gelaran datuk pada ADUN Lompat

DAP Perak memohon dan merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar melucutkan gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes sembur lada turut berpihak kepada Adun Aulong, Yew Tian Hoe. 

Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, gelaran itu harus dilucutkan daripada Yit Foong kerana institusi kehakiman sudah membuktikan bahawa Adun Jelapang terbabit didapati bersalah dalam kes berkenaan. 

Menurutnya, sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya. 

“Oleh itu, dia (Yit Foong) patut menerima hukuman yang sama memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak berpihak kepadanya. 

“Dalam masa yang sama, kami mendesak agar Jabatan Peguam Negara membawa tuntutan kes jenayah ini dengan segera. 

“Jika sabit kesalahan, Yit Foong boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita, semalam. 

Dalam kejadian 7 Mei 2009, Yit Foong didakwa telah menyerang Tian Hoe dengan semburan lada dan tindakan ADUN Jelapang itu didakwa mendatangkan kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan kepadanya. 

Kor Ming berkata, keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan supaya Yit Foong membayar RM20,000 termasuk pampasan RM100 kepada Tian Hoe. 
Tags: nasional

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers