Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , political concern - Umno cacing kepanasan ekoran pemeilihan jk qariyah masjid

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggahi sekeras-kerasnya tuduhan liar UMNO kononnya DAP mencampuri urusan agama Islam di negeri ini, khususnya dalam pemilihan jawatankuasa qariyah Masjid.


Inisiatif  pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini dipersetujui bersama exco agama Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru itu, kami menyeru  umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain.

Tindakan UMNO yang ‘menggelupur’ macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak qariah tempatan. 


Dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan ‘klasik’ selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif murni yang pertama kali dijalankan di negara ini, memandangkan objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. 


Usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif.

Justeru, demi memperkemaskan lagi Pemilihan Masjid yang bakal berlangsung ini, pihak AMKPP ingin mencadang agar satu ‘sistem database’ maklumat ahli kariah diperkenalkan untuk memberi kuasa penuh hanya kepada anak kariah yang sudah bermastautin 3 bulan ke atas di satu-satu kariah itu layak untuk mengundi.

Semoga Pilihanraya Masjid yang bakal berlangsung bermula minggu depan dapat mengembalikan Masjid-masjid di negeri kembali ke pangkuan umat untuk dijaga, diurus dan dimakmurkan oleh mereka yang beramanah dan berwibawa.

AMIR GHAZALI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers