UIAM digemparkan berita sedih bagi sesebuah universiti berstatus ISLAM, apabila 10 hingga 12 mahasiswi UIA melakukan aksi tarian poco-poco di atas pentas bersama-sama Pasukan Pancaragam TUDM
Insiden memalukan tersebut berlaku di hadapan tetamu kehormat termasuk Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal dan seluruh peserta yang berada di Stadium Sayyidina Hamzah UIAM semasa Majlis penutup Karnival Sukan Univerisiti-Universiti 2010.
Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah universiti Islam dan lebih-lebih lagi di hadapan pihak pentadbiran UIAM yang sangat memahami visi dan misi UIAM. Keredhaan pihak pentadbiran terhadap kes ini sangat mengecewakan pihak Pro-M UIAM (WUFI).
Pro-Mahasiswa melihat perkara ini dengan serius kerana ia melibatkan keterbukaan pihak pentadbiran dalam membentuk keperibadian dan akhlak mahasiswa UIAM. Ketidaktegasan yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran khususnya Prof. Nik Kamal terhadap pencemaran maruah UIAM sangat memalukan.
"Kami berharap pihak pentadbiran yang mengetuai visi dan misi UIAM berorientasikan Islamisasi serta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah lebih bertegas dalam hal seperti ini kerana ia mencemarkan nama baik universiti sendiri. Tanpa tindakan yang tegas dan berwibawa, tidak mustahil pelbagai aktiviti negatif lagi akan terus merebak di Taman Ilmu dan Budi ini." (Pro-M UIAM)
0 comments