Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , nasional - Felda kerugian RM6 bilion?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pelaburan Felda di luar melalui anak syarikat Felda Global Ventures Sdn Bhd telah mengalami kerugian teruk menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan itu terpaksa meminjam RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Justeru beliau menuntut agar Putrajaya memberi penjelasan berhubung pinjaman itu sambil menegaskan, rakyat berhak mengetahui pelaburan yang dibuat Felda.
Selain itu, tegas Anwar, rakyat  berhak mengetahui kerugian dialami di peringkat anak-anak syarikat dan syarikat induk terutamanya selepas Felda membuat pinjaman yang besar daripada KWSP.
“Kami percaya bahawa Felda Global Ventures  Sdn Bhd dan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada KWSP.
“Pada mulanya Felda telah meminjam RM6 bilion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 bilion telah dipinjamkan Felda kepada Felda Global Ventures dan sudah tentu dana itu datang daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar, Ketua Umum PKR, juga mendakwa pelaburan luar negara Felda yang menggunakan wang rakyat melalui pinjaman KWSP telah mengalami kerugian.
“Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarah KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda?
“Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian.
“Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global Ventures dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 2007 hingga 2010, hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby,” tegasnya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini memberitahu beliau percaya pinjaman yang dibuat Felda itu tidak akan dibayar dan rakyat akan menanggung bebannya.
“Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat.
“Kami percaya bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak tahu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun,” katanya.
Tambah Anwar, beliau agak terkilan apabila Najib memuji prestasi yang dicapai Felda Global Ventures tanpa mengetahui keadaan sebenar yang ditanggung anak syarikat Felda itu.
“Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global Ventures telah dijadikan subsidi untuk kerugian dialami pelaburan luar negara Felda.
“Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara, tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global Ventures itu mengalami kerugian,” katanya.
Menurut Anwar, sekiranya Felda telah meminjam RM6 bilion daripada KWSP, pihaknya menuntut agar siasatan dilakukan terhadap urus tadbir syarikat itu.
“Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby.
“Mereka yang terlibat harus bertanggungjawab atas kecuaiaan mereka lakukan,” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada KWSP, dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers