Umno BN sudah tidak menghormati majlis-majlis agama kerana keghairahan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila Umno mengedar video cakera padat (VCD) seks yang kononnya dilakukan Ketua Pembangkang itu pada program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’.
Program itu turut dihadiri ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang.
Ketika menyampaikan ucapannya, Anwar berkata, Umno BN sudah membuktikan akan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal berkuasa termasuk 'merampas' semula Selangor.
"Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya!," katanya di majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu.
Dr Sheikh Wahbah pula berpesan agar hadirin istiqamah semasa berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika menuruti permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan.
0 comments