Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , politics sketsa - Ibrahim Ali perlekeh 1Malaysia dan melanggar prinsip Rukunegara

Ibrahim Ali ternyata telah sewenang-wenangnya memperlekeh prinsip 1Malaysia dan melanggar prinsip Rukunegara apabila mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad.

Presiden Perkasa itu memang telah dengan sengaja menguji kesabaran komuniti Kristian dan cuba membangkitkan semangat anti-kristian di kalangan komuniti Islam.

Polis, khususnya Menteri Dalam Negeri Datu Seri Hishamuddin Hussein sepatutnya telah bertindak segera membendung perkara seumpama itu daripada berterusan, namun sikap Hishamuddin yang memandang ringan perkara itu bakal menimbulkan keresahan rakyat semata-mata.

Ini jelas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon nampaknya lebih ke depan dan berani mencabar dan menyifatkan kenyataan Ibrahim Ali sebagai biadap dan tidak wajar dengan nada ektremis.

Koh berkata sikap Ibrahim mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1Malaysia Barisan Nasional

Presiden Gerakan itu menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad."

Koh berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu.

Koh menggesa semua pihak bertenang,  memahami dan menghormati satu sama lain.

“(Kenyataan itu) adalah sesuatu tidak wajar khususnya selepas pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama,” kata Koh.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dan pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

Dalam reaksinya, Hishammuddin sekadar berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” kata Hishammudin.

Dalam kenyataannya Koh menambah, pemimpin-pemimpin Kristian juga mengulangi pendirian mereka bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sambil pada masa yang sama mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu yang timbul sekarang.

Koh menambahkata, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya menggalakkan kesederhanaan dan semangat perantaraan untuk menguruskan dengan baik pandangan yang berbeza berbanding  tindakan memprovokasi permusuhan.

Justeru kata beliau, polis seharusnya menyiasat ucapan Ibrahim sepanjang dua hari lalu berhubung elemen mencetuskan konflik dan sikap benci di kalangan rakyat.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers