Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , nasional - Nasib Anwar diperintah bela diri

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperibtah bela diri dalam perbicaraan kes beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. 


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuatkan keputusan itu Isnin.

Ia adalah pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar.


Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. 


Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut. 

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri. 

"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal. 


Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. 

Sungguh pun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. 

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar. 

Selepas gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lalu, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut. 

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar. 

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat. 

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar. 

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku. 

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - BERNAMA 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers