Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , wilayah - Tuan Ibrahim akan bertanding jawatan Timbalan Presiden

Usaha sedang dibuat agar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pencalonan untuk  bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktmar PAS, awal Jun ini.

Meskipun semalam, Naib Presiden PAS itu secara berseloroh berkata: "Saya tunggu surat pencalonan dari Pusat, entah apa pencalonan ke tidak", isyarat ke arah itu semakin jelas.
Lantaran  menunggu surat pencalonan daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS  itu, beliau berkata belum memutuskan sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau sebaliknya.
Sehingga ini, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengumumkan mempertahankan jawatannya di samping AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu menawarkan diri.
Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Namun Husam dijangka lebih cenderung bertanding jawatan lebih rendah, manakala Salahuddin telah menyatakan pendirian untuk hanya bertanding mengekalkan jawatan Naib Presiden yang disandangnya kini.
Pengumuman awal kesediaan Ketua Penerangan PAS  Pusat Ustaz Idris Ahmad untuk bertanding jawatan Naib Presiden adalah seakan memperlihatkan bahawa Tuan Ibrahim akan menawarkan diri bagi jawatan nombor dua itu. Ekoran kekosongan yang bakal ditinggalkan Tuan Ibrahim di peringkat Naib Presiden itulah, maka Idris berbuat demikian.
Perlu diingatkan juga bahawa Mohamad Sabu dikatakan telah mendapat pencalonan memberansangkan dan mempunyai potensi mengalahkan Nasharuddin. Lantaran itu Tuan Ibrahim telah "dipujuk" agar bersedia menerima pencalonan agar memberi impak langsung pada pola pengundian dan menjejaskan harapan Mohammad Sabu.
Tuan Ibrahim juga dilihat mempunyai kelebihan berbanding dengan Mohammad Sabu, di samping selaras dengan usaha untuk mengekalkan tampuk penguasaan ulamak dalam hiraki kepimpinan PAS. Oleh kerana itu jugalah penampilan Idris dalam barisan Naib Presiden dilihat menjadi relevan dan memungkinkan Tuan Ibrahim  bertanding jawatan kedua tertinggi itu.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers