Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , politics sketsa - Ular sawa dihantar bersama surat aduan kepada Zambry Kadir

Dulu depa ada kata simpulan bahasa.. (niat menghina). kali ini rakyat bawa ular sungguh ke pejabat Zambry Kadir.

Semunya gara-gara kecewa dan dukacita dengan sikap kerajaan negeri Perak yang mempersendakan  masalah mereka. Wakil penduduk Kampung DBI, Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar yang hensem itu. 

Tindakan itu sebagai membuktikan dan menyatakan bahawa ular berkeliaran di perkampongan setinggan itudan memerlukan perhatian kerajaan negeri. Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular. 

Mereka juga berbuat demikian sebagai membantah  sikap kerajaan Umno-BN yang agal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu. 

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar. Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama. 

Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry 

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu diambil oleh sepasukan anggota bomba. Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular. 

Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. ”Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S. Subramaniam./Tvs

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers