Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , political concern - Kenyataan berniat jahat dan tidak bertanggungjawab mengenai TG Presiden

Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan kononnya pengekalan Datuk Seri TG Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan mendekatkan parti itu kepada kerajaan perpaduan, sebagai pandangan nakal dan tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden PAS itu berkata, pandangan itu tersangat dangkal, cetek dan boleh disifatkan sekadar bermotif untuk menimbulkan ketakutan dan keresahan di kalangan ahli PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Semalam, Bernama melaporkan persoalan, apakah pengekalan Hadi sebagai pemimpin tertinggi PAS pada penggal akan datang, akan mendekatkan PAS dengan kerajaan perpaduan ?

“Kenyataan ini jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba menyuntik satu tanggapan buruk terhadap Presiden Pas,” katanya.

BERNAMA dalam editorialnya menyatakan Hadi dipilih untuk kekal sebagai presiden berikutan direstui ramai ahli yang menyokongnya untuk bekerjasama dengan UMNO BN menerusi kerajaan perpaduan.

Salahuddin menambah, kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini sengaja dimainkan demi mewujudkan suasana tidak sihat menjelang Muktamar Pas yang bakal berlangsung Jun ini.

Muktamar Pas ke- 57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini di Taman Melewar Kuala Lumpur. Setakat ini, TG Hadi dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi mengekalkan jawatan masing- masing tanpa ditandingi.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Haji Salleh Man turut menyifatkan bahawa media arus perdana senantiasa berusaha mengeruhkan kerjasama yang terbina dalam Pakatan Rakyat.

Media arus Perdana sememangnya telah diagendakan untuk berterusan membangkitkan keraguan dan kegoyahan hati rakyat terhadap PAS di kalangan DAP dan PKR, katanya.

Ia satu perbuatan yang sememangnya cuba diterapkan dalam minda rakyat bahawa PAS kononnya memang mempunyai agenda tersembunyi dan tidak jujur dalam persahabatannya dalam Pakatan Rakyat, tegas Salleh yang juga Adun Permatang Pasir.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers