Seramai 16 orang ditemui mati tertimbus termasuk kanak-kanak yatim dan dua kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Felcra Semungkis, dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Sembilan orang yang ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirawat di Hospital Ampang.
Pasukan penyelamat sudah menghentikan gerakan mengesan mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian jam 2.30 petang tadi. Mayat terakhir ditemui kira-kira jam 5 petang tadi.
Mangsa berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

0 comments