Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - Dua pelajar nyaris jadi keldai dadah Pak Hitam

Dua pelajar wanita berusia 21 tahun nyaris menjadi keldai dadah satu sindiket yang didalangi dua pak hitam Nigeria, jika tidak diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di Puchong, Jumaat lepas.
Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis menemui dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik di pangsapuri berkenaan. 
Polis merampas enam ketulan kapsul dan dua paket plastik dipercayai dadah jenis heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai anggaran RM28,000, serta satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai kira-kira RM700.
Ketua JSJ Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dua pak hitam itu berusia 27 dan 28 tahun, merupakan pelajar sebuah kolej berhampiran.
Pak Hitam memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau, China. Dua pelajar itu pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum berlepas pada 7 Mei lepas.
Nordin berkata polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua Pak Hitam itu semasa dia (wanita itu) pergi ke pangsapuri berkenaan.
"Kita menahan wanita itu dan merampas tiket serta jadual penerbangan untuk kedua-dua mangsa ke China bertarikh 7 Mei 2011," katanya.
Nordin meminta semua pihak tidak mudah terpedaya sehingga dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa di negara ini yang mempunyai pelbagai helah dan janji manis termasuk menawarkan ganjaran mewah.
"Saya nasihati terutama wanita supaya hati-hati. Dua wanita ini baru kenali suspek tidak sampai sebulan dan mudah percaya dengan tawaran yang dibuat."

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers