Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , nasional - Utusan Malaysia diharam buat liputan sidang Dun P Pinang

Wartawan media Umno, Utusan Malaysia kini diharamkan membuat liputan persidangan Dewan  Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Ia adalah antara tiga usul yang diluluskan pada persidangan DUN penggal ke-12 yang ditangguhkan hari ini.
Usul itu dicadang ekoran akhbar itu sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, merujuk satu laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 11 Nov 2010, akhbar itu memetik Adun Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) yang mendakwa bahawa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai.
"Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN di sini.
Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil Ketua Pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir.
Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu.
Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan surcaj air  oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers