Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - Kontraktor Melayu tidak pernah berjaya memenangi tender Majlis Bandaraya Ipoh ?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak mendakwa terdapat 'kontraktor besar' yang menguasai urusan pemberian tender oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Yang Di Pertua PKMM Perak Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa menyerahkan lesen kepada kontraktor besar terbabit bagi mendapatkan kerja Pihak Berkuasa Tempatan itu.
"Maklumat yang diperoleh dari ahli persatuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi tender dan sebut harga di MBI sehinggalah mereka menyerahkan lesen itu kepada kontraktor besar berkenaan.
"Syarikat mereka akan mendapat kontrak MBI selepas menyerahkan lesen dan akan dibayar saguhati di atas projek yang diperoleh itu," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa mengulas amaran Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim semalam bahawa MBI akan menyenaraihitam kontraktor yang menjual kontrak yang diberi kepada mereka oleh MBI.
Jamaluddin berkata MBI patut melupakan soal hendak menyenarai hitam kontraktor sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah 'kontraktor besar' yang kini menguasai MBI sehinggakan kontraktor bumiputera gagal mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata MBI boleh membuat semakan terhadap senarai kontraktor yang telah mendapat kerja bagi mengesahkan dakwaan itu.-BERNAMA

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers