
Hakim Mahkamah Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan hukuman selepas menilai semua faktor dan aspek.
Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lepas.
Pasangannya, Nur Diayana Norslan, 29, juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan berkahlwat itu.
Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Georgetown.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) Enakmen sama.
Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Datuk Salim dan pasangannya itu ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai pada hari berkenaan.
.

0 comments